KOTA BHARU: Trend
pempengaruh dan usahawan kosmetik membeli produk kecantikan dari Thailand tanpa
cukai serta kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia yang semakin berleluasa, didorong perbezaan harga yang ketara di
pasaran tempatan.
"Pempengaruh (media sosial) dan peniaga kosmetik ini mengambil kesempatan membeli stok murah dari Thailand tanpa cukai, kemudian dijual dengan harga berkali ganda di Malaysia.
"Selain menjejaskan hasil cukai negara, lebih membimbangkan adalah risiko kepada pengguna kerana produk ini tidak menjalani pemeriksaan dan kelulusan KKM," katanya kepada BERNAMA.
Beliau mendedahkan antara taktik digunakan adalah membawa masuk produk melalui laluan tikus atau menggunakan individu tertentu untuk menyeludup dalam kuantiti kecil bagi mengelakkan pemeriksaan ketat di sempadan Malaysia-Thailand.
"Pihak berkuasa kini memperketatkan pemantauan di sempadan dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menjual produk kosmetik tidak berdaftar di pasaran tempatan," katanya.
Gambar - BERNAMA
Pempengaruh seludup produk murah Thailand, jual berkali ganda di Malaysia - Razarudin (bharian.com.my)