Tuesday, 9 December 2025

SULTAN ABDUL HAMID II SEKAT PENEMPATAN YAHUDI

Orang Yahudi menjadi pelarian ke seluruh dunia selepas orang Rom membakar Jerusalem pada tahun 70 M. Mereka terpaksa menanggung kesusahan di mana-mana sahaja mereka pergi.
 
Sejak zaman itu, mereka sentiasa menunggu seorang penyelamat, seorang Messiah, yang akan mengumpulkan mereka di bawah satu negeri. Ketika kedatangan  Messiah  yang ditunggu-tunggu ini tertangguh, beberapa orang idealis Yahudi bergerak untuk menubuhkan negara Israel.
 
Kumpulan ini berkumpul di Basel, Switzerland, pada tahun 1897 dan dipanggil Zionis, sempena Gunung Zion di mana Beth ha-Mikdas (Masjid Al-Aqsa) Nabi Sulaiman dibina.
 
Zionis mula meminta bantuan dari Empayar British, yang merupakan negara yang paling berkuasa pada masa itu, tetapi tuntutan mereka tidak diambil serius.
 
Lama kelamaan, pihak British menyedari bahawa gerakan Yahudi ini semakin kuat dan menawarkan wilayah di bawah jajahan mereka kepada orang Yahudi, seperti Uganda, Siberia dan Cyprus, namun mereka tidak bersetuju.
 
Mereka mahukan Palestin, rumah kepada ratusan ribu orang Arab, yang merupakan tanah yang dijanjikan yang disebut dalam Kitab Taurat.
 
Kerajaan Uthmaniyyah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga terhadap usaha pergerakan Yahudi ini yang mengancam integriti wilayahnya. Pada tahun 1871, sebelum Zionis mengambil apa-apa tindakan, kerajaan Uthmaniyyah mengisytiharkan 80 peratus daripada Palestin sebagai milik negara mereka.
 
Selepas pertabalan Sultan Abdul Hamid II, beliau meningkatkan langkah pencegahan terhadap penempatan Yahudi di Palestin. Pada tahun 1883, beliau menyekat pengambilalihan tanah Palestin dan memutuskan untuk mengambil sendiri wilayah strategik itu menjadi sebahagian negara dan jajahan taklukan empayar Uthmaniyyah.
 
Pada tahun 1900, Sultan Abdul Hamid II menghadkan orang Yahudi tinggal di wilayah Palestin kepada 30 hari. Beliau seterusnya melarang pengambilalihan wilayah oleh orang Yahudi asing di Empayar Uthmaniyyah, termasuk Palestin.
 
Baginda telah isytiharkan bahawa Empayar Uthmaniyyah bukanlah kawasan penempatan bagi orang-orang yang diusir dari Eropah.

No comments:

Post a Comment