Ikan kaloi merupakan ikan air tawar. Nama
sainsnya adalah Osphronemus goramy. Ikan kaloi berbadan leper. Ikan kaloi hadup di dalam sungai berair tenang dan
tasik.
Makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan,
lumut dan juga serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Ikan kaloi merupakan haiwan omnivor. Ikan ini akan makan apa sahaja dari jenis
haiwan mahupun tumbuhan. Tetapi, semakin kaloi membesar, pemakanan kaloi lebih
menjurus kepada tumbuh-tumbuhan. Antara tumbuhan yang menjadi kegemaran kaloi
ialah daun keladi dan kangkung.
Ikan kaloi ada beberapa spesis seperti
kaloi hitam, kaloi merah dan kaloi Sabah. Kaloi hitam dan kaloi merah dianggap “biasa-biasa”,
tetapi kaloi Sabah dianggap ikan hiasan jenis mahal. Seekor kaloi Sabah
berukuran 30 cm boleh mencecah harga sehingga melebihi RM2 ribu.
Ikan kaloi Sabah atau kaloi
Kinabatangan banyak ditemui di Sungai Kinabatangan, Sabah.. Bentuk ikan kaloi
Sabah menyerupai ikan kaloi biasa kecuali hujung sirip ekornya yang berwarna
merah.
Warna badannya hitam kebiruan dan terdapat
bintik-bintik berwarna merah bata. Di bahagian kepalanya terdapat bonggol
berwarna biru tua dan berbibir tebal. Ikan jantan mempunyai warna yang lebih
menarik.
Kebiasaannya ikan jantan akan membuat
sarang daripada rumput-rumput kering di tepi kolam yang menyerupai sarang
burung pipit berukuran garis pusat 30-40 cm.
Sekiranya telah terdapat telur melekat,
sarang itu boleh diambil dan telurnya ditetaskan di dalam akuarium. Seekor
induk betina dapat menghasilkan sehingga 3,000 biji telur.
Jenis kaloi ini agak cerewet penjagaannya
dan memerlukan penjagaan yang rapi.
No comments:
Post a Comment