Pada musim durian gugur, cabaran besar ialah
bagaimana hendak mengawal nafsu makan durian. Musim durian bukan sepanjang
tahun. Jadi, peminat durian akan berhabis-habisan untuk memenuhi keinginan
makan durian. Soal harga tidak menjadi masalah bagi mereka yang ada wang. Bahkan,
semakin mahal harganya, semakin ia menjadi buruan peminat durian.
Bagi individu normal dalam segi kesihatan
atau tidak mengalami penyakit berbahaya, makan durian memang memberi kebaikan
dari segi kesihatan kerana ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.
Pun begitu, bagi pengidap kencing manis,
contohnya, durian boleh mendatangkan bahaya jika kuantiti yang dimakan tidak
dihadkan.
Anda mesti tahu:
- Kalori 5 ulas durian itu bersamaan dengan kalori semangkuk nasi.
- Kalori 10 ulas durian itu bersamaan dengan kalori dua mangkuk nasi.
- Kalori 15 ulas durian itu bersamaan dengan kalori tiga mangkuk nasi.
- Kalori 20 ulas durian itu bersamaan dengan kalori empat mangkuk nasi.
Anda mesti tahu, walaupun anda makan durian
dua ulas saja, ini boleh jadi kalori terlalu tinggi jika anda memilih memakan
durian bersama makanan lain yang berkalori tinggi.
Kerapkali apa yang anda makan bersama durian itulah lebih memudaratkan berbanding durian itu sendiri.
Sebagai contoh, makan durian dengan pulut
yang dicampur dengan santan, ditambah pula dengan gula kasar atau gula melaka.
Tidak cukup itu pula dihidangkan juga dengan teh tarik banyak susu pekat.
Dihidangkan pula dalam majlis itu pelbagai jenis kuih yang manis dan berlemak.
Ada caranya nak makan durian dengan lebih
sihat.
- Hadkan kepada dua ulas durian saja.
- Jangan makan durian bersama makanan atau minuman lain yang tinggi kalori mengarut-ngarut seperti contoh-contoh di atas.
- Minumlah air kosong, bukan minum air manis, sebagai tabiat anda setiap hari sampai ke tua, walaupun anda tak makan durian.
- Jangan makan durian bila perut kosong, sebab penyerapan gula di dalam darah akan berlaku terlalu cepat dan gula di dalam darah akan mencanak tinggi, tidak sihat untuk janin di dalam kandungan.
- Makan durian ini sebagai sajian pencuci mulut selepas anda makan makanan yang sihat dan seimbang yang tinggi dengan serat. Sebagai contoh, pinggan sihat suku-suku-separuh itu ialah seperti suku pinggan nasi kukus (lebih baik lagi jika beras perang sebab lebih tinggi serat), suku pinggan lauk protein (tetapi elakkan masakan bergoreng), separuh pinggan serat itu dibahagikan kepada suku pinggan sayur, ulam atau salad dan suku pinggan buah durian.
- Jangan lupa bersenam atau banyakkan berjalan untuk membakar kalori, dan mengawal berat badan anda.
- Jika anda ada diabetes tahap satu yang mengambil insulin, anda boleh tambah insulin sebanyak 1 unit untuk satu ulas durian, untuk mengawal gula di dalam darah. Jika anda ada diabetes tahap 2 yang mengambil insulin, anda boleh tambah insulin sebanyak 2 unit untuk satu ulas durian untuk mengawal gula di dalam darah.
- Jika anda ada penyakit kronik buah pinggang, doktor anda akan melarang anda makan durian sebab terlalu tinggi kandungan potassium yang boleh membebankan buah pinggang yang sudah pun tidak sihat. Dengarlah nasihat doktor buah pinggang anda.
- Kalori 5 ulas durian itu bersamaan dengan kalori semangkuk nasi.
- Kalori 10 ulas durian itu bersamaan dengan kalori dua mangkuk nasi.
- Kalori 15 ulas durian itu bersamaan dengan kalori tiga mangkuk nasi.
- Kalori 20 ulas durian itu bersamaan dengan kalori empat mangkuk nasi.
Kerapkali apa yang anda makan bersama durian itulah lebih memudaratkan berbanding durian itu sendiri.
- Hadkan kepada dua ulas durian saja.
- Jangan makan durian bersama makanan atau minuman lain yang tinggi kalori mengarut-ngarut seperti contoh-contoh di atas.
- Minumlah air kosong, bukan minum air manis, sebagai tabiat anda setiap hari sampai ke tua, walaupun anda tak makan durian.
- Jangan makan durian bila perut kosong, sebab penyerapan gula di dalam darah akan berlaku terlalu cepat dan gula di dalam darah akan mencanak tinggi, tidak sihat untuk janin di dalam kandungan.
- Makan durian ini sebagai sajian pencuci mulut selepas anda makan makanan yang sihat dan seimbang yang tinggi dengan serat. Sebagai contoh, pinggan sihat suku-suku-separuh itu ialah seperti suku pinggan nasi kukus (lebih baik lagi jika beras perang sebab lebih tinggi serat), suku pinggan lauk protein (tetapi elakkan masakan bergoreng), separuh pinggan serat itu dibahagikan kepada suku pinggan sayur, ulam atau salad dan suku pinggan buah durian.
- Jangan lupa bersenam atau banyakkan berjalan untuk membakar kalori, dan mengawal berat badan anda.
- Jika anda ada diabetes tahap satu yang mengambil insulin, anda boleh tambah insulin sebanyak 1 unit untuk satu ulas durian, untuk mengawal gula di dalam darah. Jika anda ada diabetes tahap 2 yang mengambil insulin, anda boleh tambah insulin sebanyak 2 unit untuk satu ulas durian untuk mengawal gula di dalam darah.
- Jika anda ada penyakit kronik buah pinggang, doktor anda akan melarang anda makan durian sebab terlalu tinggi kandungan potassium yang boleh membebankan buah pinggang yang sudah pun tidak sihat. Dengarlah nasihat doktor buah pinggang anda.
No comments:
Post a Comment