Pastinya
ramai yang mengenali pokok dan buah kelapa. Pokok kelapa banyak ditanam di Malaysia, terutama di kampung-kampung sebagai tanaman untuk memenuhi
keperluan keluarga, terutama santan kelapa yang menjadi keperluan utama dalam
penyediaan masakan kaum Melayu.
Pokok
kelapa dikenali sebagai pokok serba guna kerana boleh dikatakan semua bahagian pokok kelapa boleh digunakan,dari puncuk sehinggalah kepada akarnya.
Daun muda
digunakan untuk membuat sarung ketupat. Daun tua dijadikan pembalut otok-otak, sejenis
makan terkenal di Terengganu. Lidi pula dijadikan penyapu mahupun dianyam
menjadi lekar dan kraf tangan lain. Itu baharu cerita tentang daun dan lidi, tidak
lagi bahagian-bahagian lain.
Pokok
kelapa memang mudah ditemui di Malaysia. Pergilah ke mana-mana negeri di Malaysia, pasti akan ditemui pokok kelapa. Tidak kisahlah yang ditaman
secara ladang atau sekadar beberapa pokok di kawasan sekeliling rumah atau
kampung.
Kewujudan
pokok kelapa di satu-satu tempat boleh dianggap sebagai penyeri. Daun kelapa
yang bergerak-gerak ditiup angin seakan-akan melambai-lambai pengunjung datang
ke tempat itu.
Mana-mana
kawasan yang tidak mempunyai pokok kelapa seakan-akan hilang serinya, seperti
hilang identiti negara.
Jika
di negara Arab menampilkan pokok kurma sebagai identitinya, maka di negara kita
pokok kelapa menjadi penyerinya.
Sebab
itu pokok kelapa bukan sahaja berada di kampung-kampung, bahkan juga ditanam di
kawasan bandar sebagai pokok hiasan. Kita tidak perlu menggantikan pokok kelapa
dengan menanam pokok kurma seperti pokok hiasan.
Lebih cantik rasanya kita
menanam pokok kelapa sebagai hiasan berbanding pokok kurma. Pokok kelapa yang
ditanam di negara kita pastinya berbuah. Berbanding pokok kurma yang sekadar
menjadi pokok hiasan di kebanyakan tempat.
Jenis
tanaman kelapa boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu
jenis kelapa tinggi dan jenis kelapa renek. Jenis pokok kelapa
tinggi lebih banyak ditanam di negara kita pada masa dahulu.
Pokoknya tinggi
dan mengambil masa lebih lama untuk mengeluarkan buah iaitu kira-kira lima
tahun. Tetapi kelebihan kelapa tinggi ialah jangkamasa boleh mengeluarkan hasil
secara produktif agak lama sehingga lebih lima puluh tahun.
Jenis
kedua ialah pokok kelapa renek. Pokok kelapa renek akan berbuah selepas dua
atau tiga tahun ditanam. Sebab itu, sekarang ini kelapa renak lebih banyak
ditanam, terutama untuk dijadikan pokok hiasan di kawasan rumah.
Selain cepat
mengeluarkan hasil, kelapa renak juga mempunyai kelebihan mudah untuk dipetik
buahnya. Selain itu pokok kelapa renek banyak mengeluarkan buah.
Kelapa
juga boleh kita dibahagikan mengikut warna iaitu kelapa hijau, kelapa merah dan juga kelapa kuning. Buah kelapa
hijau mudah dijumpai di mana lazimnya ia mempunyai pokok yang tinggi dan buah
yang kulitnya berwarna hijau semuanya.
Buah kelapa hijau bersaiz besar di mana
ia sering digunakan dalam masakkan. Airnya juga berkhasiat dan digunakan
sebagai air kelapa muda.
Kelapa
kuning pula kebanyakannya adalah dari jenis kelapa renek yang cepat berbuat
dalam masa 3 tahun sahaja. Buah kelapa kuning lazimnya berbentuk bulat dan
bersaiz kecil.
Kelapa
merah atau kelapa tampuk merah pula agak jarang ditemui. Kelapa merah menjadi
pilihan dalam perubatan tradisional seperti sebagai penawar racun, mengubati
muntah-muntah dan juga kepala pening dan pelbagai kegunaan lagi.
Memandangkan
jumlah kelapa merah masih kurang, sedangkan permintaan terhadapnya tinggi untuk
tujuan perubatan, harga kelapa merah agak mahal sehingga boleh mencecah lima
puluh ringgit sebiji.
Pokok
kelapa ditanam dengan menggunakan anak benih. Buah kepala tua yang dibiarkan di
tempat redup dan lembab akan tumbuh mengeluarkan anak benih. Setelah ketinggian
pokok mencapai setengah meter, ia sesuai untuk dipindahkan ke tapak kekal.
Anak
benih kelapa mendapat permintaan tinggi bukan sahaja daripada pekebun kelapa,
bahkan orang ramai yang ingin menanam di sekitar kawasan rumah. Justeru
terdapat individu yang menyemai pokok kelapa untuk dijadikan benih dan dijual
kepada orang ramai. Harga benih kelapa mengikut baka.
Bagi
baka yang baik seperti berbuah lebat, mudah berbuah dan buah yang besar, harga
sepohon benih pokok kelapa boleh mencecah sehingga lima puluh ringgit sepokok. Kelapa
kelapa akan mengeluarkan buah selepas dua tahun ditanam, terutama dari jenis
pokok renek. Masa lebih lama diperlukan untuk berbuah bagi pokok jenis tinggi.
Pokok
kelapa sesuai tumbuh di kebanyakan tempat atau jenis tanah. Sebab itu tidak
sukar untuk mencari tempat untuk menanam pokok kelapa asalkan kawasan itu tidak
digenangi air.
Pokok kelapa juga banyak tumbuh di tanah berpasir atau tepi
pantai. Pokok kelapa tidak dapat dipisahkan dengan pantai. Pokok kelapa yang
tumbuh di tepi pantai menjadi penyeri kepada kawasan berkenaan yang menarik
ramai pengunjung.
Pokok
kelapa buah sepanjang tahun. Ia bukan jenis pokok bermusim. Sebab itu pada
sebatang pokok terdapat buah yang kematangan berbeza-beza. Ada dari putik
kelapa sehinggalah yang sudah tua.
Jadi, pokok kelapa tidak putus-putus memberi
hasil kepada pemiliknya. Memang untung jika kita menanam pokok kelapa yang
boleh dipungut hasilnya sepanjang tahun.
Buah
kelapa keluar dan membesar di tandan. Setiap tandan terdapat sehingga lebih 10
biji kelapa bergantung kepada jenis. Dalam setandan.... saiz dan kematangan
buahnya tidak sama, namun tidak jauh berbeza sangat. Sebab itu, jika memetik
buah kelapa boleh diambil kesemua untuk satu tandan pada satu masa.
Untuk
mendapatkan atau memetik buah kepala perlu memanjatnya. Kalau yang rendah tentu
sahaja boleh diambil dengan mudah. Masalahnya apabila pokok terlalu tinggi dan
tidak sampai untuk dikait dengan galah. Untuk memudahan memetik buah kelapa
dari pokok tinggi, khidmat beruk terlatih digunakan.
Beruk
yang ingin diguna khidmat untuk memetik buah kelapa perlu dilatih oleh pelatih
beruk yang mahir. Di Kelantan terdapat tempat yang dinamakan sekolah beruk. Beruk
akan dilatih untuk mengikut arahan atau jinak dan mengenali mana buah kelapa
tua dan muda.
Sekarang terdapat alat khas dicipta untuk memudahkan kerja
memanjat pokok kelapa. Namun, kegunaan alat itu masih kurang kerana ramai tidak
berminat dan sukar diperoleh di pasaran.
Air
kelapa muda merupakan produk dari buah kelapa muda. Air kelapa muda amat lazat
dan berkhasiat. Biarpun kelapa tua juga ada air, namun rasanya tidak seenak air
kelapa muda. Sebab itu, jika ingin mendapatkan air kelapa yang lazat mesti
menggunakan buah kelapa muda. Buah kelapa muda lebih mahal berbanding sebiji
kelapa tua.
Punca
buah kelapa muda lebih mahal kerana untuk mendapatkannya lebih sukar. Kelapa
muda perlu diturunkan dari pokok menggunakan tali bagi mengelak ia pecah jika
dibiarkan jatuh bebas.
Kelapa muda tidak sahaja digunakan untuk mendapat airnya,
selain air isi kelapa muda juga dimakan. Ia biasanya campur dan air kelapa untu
dihidangkan. Rasanya lembut. Isi kelapa muda juga dibuat jeli dan dijadikan
bahan untuk membuat kuih.
Buah
kelapa tua paling banyak kegunaan. Santan yang digunakan untuk masakan
diperoleh dari buah kepala tua. Buah kelapa tua dikopek untuk dibuangkan sabut
dengan menggunakan kapak, parang atau alat khas. Buah kelapa dibelah dua. Ada
cara untuk menjadikan buah kelapa terbelah dua walaupun dengan menggunakan
belakang parang.
Ada
beberapa kaedah untuk menghasilkan isi kelapa yang halus sebelum diperah. Cara
pertama ialah menggunakan kukuran kelapa. Ini cara tradisional. Boleh dikatakan
cara ini tidak lagi digunakan melainkan di kampung-kampung.
Cara tradisional
kedua ialah menggunakan parutan. Cara mudah yang lebih banyak digunakan
sekarang ialah mesin parut kelapa. Mudah dan cepat.
Isi
kelapa yang telah diparut akan diperah menggunakan tangan untuk mendapatkan
santan. Namun sekarang ini terdapat cara mudah dengan menggunakan mesin pemerah,
terutama digunakan oleh penjual santan.
Satu
lagi hasil daripada pokok kelapa ialah air nira atau tuak. Air nira diperoleh
dari mayang kelapa muda sebelum keluar buah. Untuk mendapatkan tuak perlu
melalui beberapa proses. Nira yang keluar dari mayang akan ditadah menggunakan
tukil. Pada masa dahulu tukil diperbuat daripada buluh. Tetapi kini tukil banyak diperbuat dari botol
plastik.
Air
tuak tidak boleh disimpan lama. Biasanya hanya untuk dua hari.... melainkan
disimpan di dalam peti sejuk. Tuak lama akan bertukar rasa masam. Ia tidak lagi
sesuai untuk diminum kerana boleh memabukkan.
Tuak segar halal diminum oleh
orang Islam. Tetapi apabila bertukar menjadi masam ia haram diminum kerana
sudah menjadi seperti arak. Tuak masam yang disimpan lebih lama akan bertukar
menjadi cuka. Ketika itu ia boleh digunakan oleh orang Islam.
Di
negara pengeluar utama kelapa, produk utama dari buah kelapa ialah minyak masak
kelapa. Sebelum diproses menjadi minyak masak kelapa, isi buah akan terlebih
dahulu dikeringkan menjadi kopral. Ia dijemur di bawah cahaya matahari selama
beberapa hari.
Pokok
kelapa tumbuh secara batang tunggal dari bawah sehingga atas. Namun ada juga
dalam kes tertentu pokok kelapa tumbuh bercabang lebih dari satu. Ada pokok
yang bercabang seakan-akan kebanyakan jenis pokok lain yang bercabang.
Satu
lagi kegunaan pokok kelapa ialah dijadikan sebagai pokok bonsai. Bonsai pokok
kelapa memang unik dan menarik.
Semoga
perkongsian maklumat pada kali ini mendatangkan manfaat untuk semua.
Salam
ReplyDelete