Kerajaan
melalui kementerian, agensi atau jabatan perlu bertindak bijak dan berkesan
untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dengan kata mudah, jangan
susahkan rakyat. Kalau kerajaan permudahkan urusan rakyat, kebaikan dinikmati
semua pihak.
Banyak
tindakan kerajaan tidak menampakkan langkah yang bijak. Perkara mudah
dipayahkan. Yang cepat menjadi lambat. Sepatutnya rakyat gembira bertukar
menjadi duka atau tidak suka.
Ambil
contoh kes di sebuah hospital kerajaan. Pengalaman atau pendapat ini dikongsikan
di FB:
Bab ni aku tak suka..bukan aku saja, pesakit lain pun tak
suka..yg selesai rawatan doktor selepas jam 12 tgh hari, tak boleh ambil
ubat..hanya boleh serah kad kat farmasi, lepas tu kena datang ambik ubat
selepas jam 2.30 hingga 4.30 ptg.. bayangkan pesakit nak menunggu dua setengah
jam atau tiga jam lagi utk dapatkan ubat mereka..dahlah kami pesakit, dtg
hospital awal pagi nak dapatkan rawatan..farmasi pula minta tunggu hingga jam
2.30 ptg..atau pun pesakit balik dulu, lepas tu datang semula ambik ubat..
kenapa tak ada sistem giliran kat farmasi? Yg kerja pagi, boleh rehat jam 1 tgh
hari, lepas tu kakitangan lain sambung supaya pesakit dpt bekalan ubat selepas
rawatan dan terus balik, tak menyusah datang lagi... kalau doktor tak rehat,
mcm mana kakitangan farmasi boleh rehat? Tidakkah sistem ni menyusahkan
pesakit? Balik rumah, kemudian datang lagi belah ptg nak ambik ubat..
kementerian kesihatan kena tengok kes ni..
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment