Apa
itu lemah tenaga batin atau mati pucuk? Lemah tenaga batin berlaku apabila
seorang lelaki tidak lagi mampu untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang
cukup keras untuk mengadakan hubungan seksual.
Masalah untuk mengekalkan ereksi
dari masa ke semasa bukanlah sebab untuk dibimbangkan untuk kaum lelaki. Akan
tetapi apabila ia kerap berlaku, ini mungkin petanda kepada sesuatu yang lebih
serius.
Masalah
lemah tenaga batin adalah disebabkan masalah kerosakan dalam fungsi normal
badan yang membolehkan ereksi untuk dicapai zakar dipenuhi dengan darah,
menjadi keras dan tegang, dan kemudiannya menjadi lembik semula setelah
rangsangan seks telah terhenti.
Kegagalan
untuk mencapai ereksi sekali-sekala adalah masalah biasa dan ia boleh memberi
kesan kepada majoriti kaum lelaki pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia
mempunyai banyak sebab mengapa ini berlaku, termasuk pengambilan alkohol yang
terlampau banyak atau disebabkan sangat letih.
Jika masalah ini sekejap sahaja atau hanya berlaku sekali-sekala, ia dianggap tidak berapa serius. Semua lelaki akan menghadapi masalah sekali-sekala untuk mencapai ereksi, dan ia mungkin disebabkan oleh isu-isu kecil, seperti kepenatan atau pengambilan alkohol.
Jika masalah ini sekejap sahaja atau hanya berlaku sekali-sekala, ia dianggap tidak berapa serius. Semua lelaki akan menghadapi masalah sekali-sekala untuk mencapai ereksi, dan ia mungkin disebabkan oleh isu-isu kecil, seperti kepenatan atau pengambilan alkohol.
Untuk mencapai ereksi dalam kalangan kaum lelaki, arteri dalam zakar perlu membawa darah kepada zakar, tahap hormon lelaki perlu berada pada tahap optimum, dan keadaan psikologi yang berpatutan perlu terjadi. Jika satu atau lebih satu daripada fungsi ini tidak berjalan dengan lancar, maka disfungsi ereksi mungkin akan berlaku.
Penyakit lemah tenaga batin atau mati pucuk paling ditakuti lelaki. Kesan penyakit ini turut ditanggung isteri sehingga menggugat keharmonian rumah tangga. Jadi, jangan ambil mudah soal suami tidak kuat. Punca lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh fisikologi dan psikologi.
Punca
lemah tenaga batin disebabkan fisikologi berkait rapat dengan keadaan badan,
terutama aliran darah. Ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik
berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar. Jika darah terhalang
memasuki zakar ketika menerima isyarat ghairah dari otak, maka ia tidak dapat
tegang dan tidak akan berfungsi.
Terdapat
banyak sebab aliran darah terhalang memasuki zakar. Pertamanya disebabkan
pembuluh darah tersumbat oleh kolestrol atau lemak tepu. Aliran darah menjadi
perlahan atau tidak banyak yang berjaya memasuki zakar. Keduanya, salur darah
'tersepit' disebabkan kecederaan yang menghalang pengaliran darah menuju ke
seluruh zakar.
Mati
pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau
perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi. Ketiadaan keyakinan diri untuk
melakukan hubungan seks menjadikan zakar tidak tegang dan hilang ghairah.
Banyak
sebab kehilangan keyakinan diri seperti tidak yakin dengan kondisi zakar yang
dirasakan kecil dan pendek. Berasakan diri tidak hebat dan perkasa berbanding
orang lain. Terlalu memikirkan tentang kehendak seks isteri juga boleh
menyebabkan tekanan sehingga gagal beraksi.
Memandangkan
lemah tenaga batin psikologi berpunca daripada emosi dan tanggapan, maka ia
perlu diatasi dengan cara sama. Suami perlu yakin pada kemampuan diri. Lakukan
dalam keadaan santai dan gembira. Isteri pula perlu menerima dengan seadanya.
Untuk
mengatasi masalah ini, jangan terlalu fikirkan tentang seks. Anggap perkara itu
lumrah yang akan berlaku secara tindakbalas emosi dan fizikal apabila suami
isteri berada bersama.
No comments:
Post a Comment