Friday 27 September 2024

BUAH BINJAI BANYAK MANFAAT

 
Buah binjai atau nama saintifiknya Mangifera caesia antara buah nadir yang semakin kurang dikenali dan diminati. Buah binjai berbeza dari segi saiz, warna kulit dan memiliki rasa manis, masam manis, masam serta lemak manis.
 
Buah binjai biasanya dimakan dengan dicicah garam dan gula bercampur kicap mahupun cuka. Buah binjai juga dijadikan sebahagian dari perasa dalam masakan terutama sambal tumis yang sangat enak. Buah binjai juga sering dijadikan jeruk agar dapat disimpan lama kerana buahnya tanpa diawet tidak tahan lama.
 
Ia kaya dengan pelbagai nutrien, serat, antioksidan dan sesuai dimakan oleh semua golongan usia.
 
Buah binjai mempunyai banyak manfaat seperti :
- Bagus untuk penjagaan kulit
- Melindungi kesihatan mata
- Mencegah daripada osteoarthritis
- Membantu masalah pernafasan
- Merawat masalah sembelit
- Melindungi sistem ketahanan badan
- Menghapuskan radikal bebas di dalam badan
- Mengurangkan kelesuan
- Membantu melindungi otak dan perkembangan otak 
- Membantu meningkatkan selera makan
- Menyokong kesihatan jantung 

No comments:

Post a Comment