Air
kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa. Namun, untuk sesuai dan sedap diminum
perlu diambil dari kelapa yang masih mudah. Secara semula jadi air kelapa
berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.
Kandungan
air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah
dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga
mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c
dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+).
Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau
kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas
senaman.
Air
kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti
kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.
Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan
tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).
Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan
adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan
air kelapa.
Begitu
juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Kanak-kanak memang baik
diberikan air kelapa kerana ia kaya khasiat yang diperlukan kanak-kanak.
Bagaimanapun,
dicadangkan kanak-kanak atau bayi hanya diberikan minum air kelapa selepas usia
enam bulan. Berikan ia dengan kuantiti yang sedikit sebagai permulaan untuk
menyesuaikan penerimaan badan. Kaedah ini bukan sahaja ketika memberi minum air
kelapa, bahkan makanan dan minuman lain.
Selain
itu elakkan memberi bayi isi buah kelapa, melainkan yang masih ‘hingus’ atau
belum mengeras. Ini bagi mengelak berlaku masalah penghadaman kepada bayi.
Air
kelapa mengandung potasium dan sodium. Juga mengandung berbagai macam mineral
seperti kalsium, zat besi, fosfor, dan magnesium.
Air kelapa dapat digunakan
sebagai minuman rehidrasi, serta berguna dalam mengembalikan keseimbangan
elektrolit pada bayi yang mengalami cirit birit..
No comments:
Post a Comment