Amalan
poliandri atau polyandri bermaksud amalan bersuami lebih daripada satu orang
pada masa yang sama.
Amalan poliandri terdapat dua kaedah iaitu poliandri
fraternal dan poliandri non-fraternal. Poliandri fratenal ialah perempuan
berkahwin lebih dengan adik beradik suami. Manakala poliandri non-fraternal
mempunyai para suami bukan beradik-kakak”.
Amalan
poliandri ini ada dijelaskan dalam epik kisah Mahabharata dalam masyarakat
penganut Hindu.
Amalan
berpoliandri bukan sahaja diamalkan di India. Amalan ini turut dilakukan dalam
masyarakat lain di seluruh dunia sama ada secara terbuka mahupun tertutup.
Antara
tempat mengamalkan poliandri secara terbuka antara lain terdapat pada orang
Eskimo, Markesas (Oceania), Toda di India Selatan dan beberapa bangsa di Afrika
Timur dan Tibet yang dianggap sebagai adat atau budaya.
Manakala
amalan poliandri secara tertutup pula merujuk perbuatan sekumpulan yang
terlibat. Perkara ini berlaku disebabkan tuntutan nafsu dan persetujuan untuk
melakukannya. Ia berlaku dalam hampir semua masyarakat.
Amalan
poliandri yang berlaku dalam masyarakat India dahulu kala bermula dari satu
peristiwa. Berdasarkan penjelasan kitab Mahabharata bahawa Drupadi (yang pertama
mengamalkan poliandri) atau Dewi Krisna merupakan penjelmaan seorang wanita
cantik tak bersuami yang kemudian lahir melalui korban api, sehingga Drupadi
juga bernama Yajnasena.
Pada
kehidupan terdahulu, sebelum lahir menjadi Drupadi, gadis cantik ini melakukan pertapaan
kepada Mahadewa agar dianugerahi seorang suami yang terbaik. Tuhan semesta alam
pun berkenan, ia dianugerahi suami seperti yang diinginkan.
Maka,
bermula kisahnya dengan Arjuna mmenang Swayemvara (sayembara) yang hadiahnya
adalah Drupadi atau Dewi Krisna. Arjuna membawa Drupadi pula ke rumahnya.
Setiba
di rumah, Arjuna memberitahu ibunya bahawa dia membawa pulang hadiah tanpa
menyatakan jenis hadiah itu. Kunti (ibu Arjuna) yang berada di dalam bilik
tanpa melihat dan mengetahui hadiah itu telah menyuruh Arjuna berkongsi hadiah
itu dengan adik beradik yang lain (lima beradik).
Setelah
menyedari hadiah itu, Kunti amat terkejut dan berfikir tentang apa yang telah
diucapkan. Dia sedar telah menyuruh sesuatu yang tidak patut dan merupakan
dosa.
Menurut
Yudistira, Arjunalah yang berhak menikahi. Namun, Arjuna tidak bersetuju kerana
menurutnya itu perbuatan dosa menolak perintah ibunya. Yudistira kemudian
menuruti perintah ibunya meski kata itu keluar tanpa disengaja, membagi hasil
swayemvara berlima.
Setelah
beberapa hari, Drupadi kemudian dibawa ke hadapan raja. Raja amat murka.
Perkara itu telah dibincangakan oleh para pembesar dan agamawan kerana ia menyalahi
kandungan Veda.
Kemudian
diputuskan (catatan penjelasan dalam kitab Mahabrata amat panjang), maka dibenarkan
Yudistira berkahwin dengan lima bersaudara. Dikatakan kebenaran itu adalah takdir
yang telah ditetapkan dan bukan alasan nafsu seks. Juga dikatakan kebenaran itu
hanya untuk Yudistira dan lima suaminya.
Namun,
amalan itu kemudian turut dilakukan oleh wanita lain sehingga menjadi satu budaya
dengan alasan itu dibenarkan. Pun begitu, alasan budaya itu semakin dilupakan dan
tidak lagi diamalkan dalam masyarakat India.
Dalam
pada itu, amalan poliandri masih diamalkan secara tersembunyi oleh mereka yang inginkan
kepuasan seks dan tidak memahami hukum agama (semua agama melarang amalan ini) dan
normal kehidupan.
No comments:
Post a Comment