Kes
kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat. Menariknya yang menjadi
mangsa adalah pengguna jalan raya dan bukannya pemandu mabuk itu sendiri. Kalau
pemandu mabuk itu yang meninggal atau mengalami kecederaan serius itu adalah 'pilihan'
dia sendiiri.
Kementerian
Pengangkutan perlu memperketatkan undang undang terhadap individu yang memandu
dalam keadaan mabuk. Ia satu keperluan yang perlu dipinda segera.
Jangan
tangguh lagi. Ini bukan isu kaum atau rasis memandangkan hanya kaum tertentu gemar
mabuk, tetapi satu keperluan untuk keselamatan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum.
Undang-undang
sedia ada dilihat tidak keberkesanan untuk menyelesaikan isu terbabit. Undang-undang
sedia ada tidak ketat dan hukuman tidak setimpal dengan kesan buruk akibat kemalangan
yang berlaku.
Undang
undang sedia ada memperuntukkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh
dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang
mengenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau
penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi
kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah
boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang
membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.
Takrif
'mabuk' perlu diperketatkan. Sesiapa sahaja baharu meminum arak atau sesuatu yang
memabukkan dalam tempoh masa tertentu perlu dilarang daripada memandu sebarang kenderaan.
Orang
mabuk memang tidak menyedari dan tidak akan mengaku dia mabuk. Individu berkenaan
juga tidak dapat memastikan sama ada dia boleh memandu kenderaan atau tidak.
Jadi,
sebagai langkah berjaga-jaga, sesiapa sahaja yang meminum arak atau apa-apa yang
boleh memabukkan perlu dilarang daripada memandu dalam tempoh masa tertentu.
No comments:
Post a Comment