Dalam Al Quran, nafsu
manusia dibahagikan tiga jenis iaitu nafsu ammarah missu, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah.
Nafsu ammarah bissu sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka
mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.
Firman Allah SWT maksudnya: “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang
diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Surah Yusof, ayat 53)
Nafsu ammarah yang paling jahat
dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya.
Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup.
Jika ada orang
mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak
mengalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah, kalau orang
macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.
Nafsu amarah tidak dapat
dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan
ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa.
Justeru, seseorang itu
mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak
berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai
keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.
Susah nak tegur orang
yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang
dilakukan. Keras kepala!
Nafsu ammarah menduduki
tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah
daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia
mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.
Nafsu lawwamah adalah
nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian
tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.
Nafsu ini mengarahkan
pemiliknya untuk menentang kejahatan, tetapi suatu saat jika ia lalai beribadah
kepada Allah SWT, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki
nafsu ini tidak tetap pendirian untuk menjalankan ketaatan dan meninggalkan
perbuatan dosa.
Firman Allah SWT maksudnya: “(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan
Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah)
dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang
mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan
melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak
berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Maidah, ayat 13)
Orang yang memiliki nafsu
lawwamah sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan
berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar.
Contohnya semalam
melakukan dosa dan perkara maksiat yang dilarang di sisi agama. Hari ini dia
sedar akan kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu, lalu ia insaf dan
bertekad untuk tidak mengulanginya lagi.
Orang yang banyak
dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran
orang lain. Ia juga tidak mudah
hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia
mahupun akhirat.
Selain dari itu, nafsu
lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa
ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu lawwamah ini lebih baik dari
nafsu amarah bissu.
Nafsu mutmainnah
adalah nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini
telah mendapat rahmat Allah SWT dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan
mendapat reda Allah SWT di dunia dan akhirat. Orang ini akan mendapat
"husnul khatimah" di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga
Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Hai
jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi
diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah
ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)
Orang yang memiliki nafsu
mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung
melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala
kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya
dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah.
Ini disebabkan hatinya
ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan
ujian Allah.
Marilah sama-sama kita
didik hati dan jiwa kita kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang terbaik dan
yang paling dicintai Allah.
Nafsu ini adalah nafsu
yang paling diredai Allah. Keredaan tersebut terlihat pada anugerah yang
diberikan-Nya berupa senantiasa berzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan
memperoleh kemuliaan.
Sesungguhnya, kemuliaan
yang diberikan Allah S.W.T itu bersifat universal, ertinya jika Allah
memuliakannya, siapa pun tidak akan boleh menghinakannya, demikian pula
sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT siapa pun tidak boleh
memuliakannya.
No comments:
Post a Comment