Monday 17 July 2023

KEJADIAN ANEH ILUSI OPTIK JALAN KIMANIS

 
Jalan raya Kimanis-Keningau merupakan salah satu jalan raya utama di Sabah yang menghubungkan bandar Kimani ke Keninggau. Ia juga bertindak sebagai laluan alternatif bagi laluan Kota Kinabalu ke Tenom.
 
Jalan raya Kimanis ke Keningau sepanjang lebih kurang 53 kilometer. Pada zaman dahulu jalan ini merupakan laluan untuk membawa kayu balak. Seiring dengan peredaran zaman, jalan ini dinaik taraf dan kini menjadi jalan utama penduduk dari Keningau untuk ke Kota Kinabalu.
 
Walaupun jalan raya ini mendekatkan dan sekaligus menjimatkan masa perjalanan, ia terkenal kerana cerun yang sangat curam di sepanjang jalan, dengan kecerunan tercuram dianggarkan antara 10 peratus hingga 20 peratus. Untuk melancarkan pergerakan terutama kenderaan berat, beberapa lorong mendakit dibina di jajaran curam.
 
Salah satu ciri menarik jalan raya ini ialah kewujudan sebuah bukit graviti disebabkan oleh ilusi optik yang terletak kilometer 44. Adalah dilaporkan bahawa di bukit graviti tersebut, terdapat cerun yang kelihatan seperti cerun menuruni bukit, tetapi sebenarnya ia adalah cerun mendaki.
 
Pada pengamatan mata kita bertanah rendah atau berkeadaan lembah itu pula sebetulnya bersudut cerun lima darjah dan berketinggian 1050 meter. Dua meter lebih tinggi daripada bentuk muka bumi di kilomter 44.
 
Perbezaan ini tidak nampak ketara dari penglihatan jarak jauh. Tapi kecerunan itu sudah cukup untuk menggerakkan kereta secara perlahan-lahan.
 
Fenomena inilah yang dipanggil sebagai permainan ilusi optik. Ia terjadi disebabkan oleh lingkungan bentuk muka bumi tempat itu berada.
 
Penglihatan mengelirukan ini biasanya terjadi apabila kita berada di kawasan berbukit. Paras penglihatan kita pada ketika itu dalam kondisi tidak selari dengan garis horizontal atau mendatar. Justeru itu, kita akan melihat KM44 seperti sebuah dataran lebih tinggi jika dan menanjak, sedangkan sebenarnya ia adalah menurun.
 
Inilah jawapan mengapa kenderaan yang ditelak dalam posisi neutral dikatakan boleh mengundur dan mendaki bukit dengan sendirinya. Begitu juga dengan botol atau tin yang seakan bergolek naik ke atas.
 
Keanehan di jalan ini bukanlah angkara kuasa mistik, tetapi fenomena yang dikenali sebagai graviti terbalik.
 
Pakar fizik, Profesor Brock Wiess yang menjalankan kajian terhadap fenomena gravity terbalik ini di seluruh dunia menyimpulkan, fenomena yang tampak ganjil ini berlaku disebabkan oleh penipuan mata.
 
Kita nampak ia bukit tetapi apabila dikaji, bukit itu sekadar ilusi sedangkan hakikatnya kawasan itu lebih rendah daripada apa yang dilihat mata kasar. Ilusi optik akan menyebabkan pokok dan cerun di kawasan itu nampak lebih tinggi, sedangkan hakikatnya kawasan itu adalah menuruni bukit, bukan menaik seperti yang kita lihat.
 
Fenomena graviti terbalik ini bukan hanya berlaku di Sabah saja, bahkan di serata tempat di seluruh dunia. Antara lokasi lain seperti di Pulau Jeju di Korea Selatan, Los Banos di Filipina, Gunung Leh di India, Lembah Jin di Madinah dan beberapa tempat lain di sekitar Amerika, Australia dan England.
 
Ada juga yang beranggapan kerana tempat begini mempunyai batu magnet yang mampu menarik sesuatu ke arah berlawanan, tetapi sebenarnya tidak. Ia hanya ilusi optik yang menipu pemandangan mata.

No comments:

Post a Comment