Sunday 30 July 2023

Alami pendarahan otak akibat jatuh bumbung

 
Malang tidak berbau. Niat untuk membantu membaiki bumbung kedai kakaknya berakhir tragedi apabila beliau terjatuh. Itulah nasib menimpa Alsani Ratna.
 
Ketika terjatuh, kepala Alsani terhantuk sesuatu yang menyebabkan luka. Ketika mendapat rawatan di hospital, doktor mengesahkan ada pendarahan di bahagian otak.
 
Akibat kemalangan yang berlaku kira-kira sebulan lalu menyebabkan Alsani kini terlantar di rumah keluarganya di Kampung Tok Bali, Pasir Puteh.
 
Beliau yang sebelum kemalangan mencari rezeki sebagai pemandu bot di Pulau Perhentian, Terengganu, kini hilang punca pendapatan dan mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk menampung keperluan hidupnya.
 
Beliau kini bergantung kepada susu Ensure untuk meneruskan hidup. Susu berjenama itu disyorkan oleh doktor. Harga susu yang agak mahal berbanding susu biasa, memang membebankan beliau.
 
Atas dasar prihatin, Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK), Fazliaton Daud, meluangkan masa melawat Alsani di rumah keluarganya. Pada lawatan yang turut disertai beberapa AJK PCAK, PCAK telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepadanya untuk memudahkan pergerakan di dalam rumah dan ketika perlu mendapatkan rawatan di hospital. Turut disumbangakan bakul makanan.
 
Semoga Alsani cepat sembuh.
 
PCAK mengharapkan sumbangan orang ramai bagi membolehkan NGO kebajikan itu dapat terus menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 
 

No comments:

Post a Comment