Tuesday 8 June 2021

SOS LIFE JENAMA MUSLIM

 
Sos Life adalah jenama sos yang terdiri daripada Sos Cili, Sos Tomato, Sos Bawang Putih, Sos Cili Halia, Sos Cili Thai, Sos Tiram, Sos Plum, Sos Masam Manis, Sos Hoi Sin dan Sos Lada Hitam.

Produk lain yang turut dikeluarkan di bawah jenama Life ialah Sos Barbeku, Sos Kacang Hitam, Pes Tomyam, Pes Halia, Pes Kari Assam, Pes Kari Ayam, Pes Kari Makanan Laut, Pes Kacang Hitam dan Bawang Putih, Pes Kari Laksa, Pes Sambal Tumis, Pes Cili Thai dan Pes Sambal Oelek.

Sos Life adalah jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat KFC Holdings (Malaysia) Berhad yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Syarikat KFC Holdings Malaysia Berhad dimiliki oleh orang Islam.

Jenama Life bermula tahun 1978 dikeluarkan oleh Region Food Industries (RFI). Pada tahun 1994 RFI telah dibeli oleh KFC Holding sebagai sokongan bagi membekalkan sos kepada rangkaian restoran KFC seluruh Malaysia.

Kini RFI merupakan peneraju serta pembekal produk sos original dan berkualiti bukan sahaja di Malaysia bahkan di beberapa negara luar seperti di Perancis, Australia, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat, Britain dan negara serantau.

Justeru, amat tepat anda memilih Life jenama tempatan bertaraf antarabangsa.

No comments:

Post a Comment