Satu fenomina medium jual beli semakin dterima masyarakat adalah melalui dalam talian. Urusan pembelian dilakukan melakui media maya iaitu internet,
selain berhubung melalui telefon.
Laman sesawang dan platform e-dagang menjadi 'pasar' menemukan penjual dengan pembeli tanpa kedua-duanya bertemu secara bersemuka.
Memandangkan kaedah ini agak
baharu, timbul persoalan adakah ia menepati syarat-syarat jual beli yang
dikehendaki syarak.
Sesungguhnya ajaran Islam
tidak kaku atau menutup terus perbincangan mengenai sesuatu perkara. Islam
agama universal yang memenuhi keperluan manusia sejak dulu hingga ke hari
kiamat.
Ciri-ciri jual beli dalam
talian antaranya ialah:
- Pembeli dan penjual
tidak bersemuka secara fizikal.
Urusan jual beli dilakukan
secara maya. Penjual atau dipanggil juga pengiklan memasukkan maklumat
berkaitan barang yang hendak dijual di laman sesawang atau e-dagang.
Maklumat itu biasanya dalam
bentuk gambar, penyataan ciri-ciri barang, kegunaan dan beberapa perkara lain
yang dapat menarik minat pembeli untuk membelinya.
Jika ada bakal pembeli
berminat, mereka boleh menghubungi pengiklan melalui telefon, email atau laman
sosial.
Ketika komunikasi itu, bakal pembeli boleh bertanya lanjut
mengenai ciri-ciri barang itu, soal harga, penghantaran dan sebagainya. Pengiklan
meninggalkan pesan bagaimana untuk menghubunginya.
Dengan kata lain, wujud perbincangan,
tawar menawar dan sebagainya yang lazim berlaku dalam proses jual beli
biasa.
Komunikasi antara penjual dan pembeli penting agar tidak
berlaku ghalat (tersilap), ghban (kerugian) dan taghrir
(penipuan). Jelas di sini, urusniaga ini berbezanya dengan
urusniaga biasa dalam bentuk penjual dan pembeli tidak bersua
muka.
Namun, kebiasanya pembeli
tidak berkomunikasi dengan penjual disebabkan telah biasa atau telah pasti
mengenai barang yang hendak dibeli.
Mereka telah mendapat maklumat
mengenai barang itu, bahkan mungkin pernah menggunakannya. Di sini wujud sikap
saling mempercayai antara penjual dan pembeli.
Bayaran dibuat secara dalam
talian.
Memandangkan pembeli dan
penjual tidak bertemu, maka urusan bayaran dilakukan secara dalam talian. Ia
sama ada dilakukan secara kemasukan tunai ke akaun penjual melalui pindaan
tunai atau kemasukan tunai. Bayaran juga dilakukan secara kad kredit dan
beberapa kaedah yang disediakan.
Untuk membolehkan urusan bayaran
ini, peniaga perlu ada akaun. Mereka boleh membuat semakan untuk
menentukan bayaran telah dibuat.
Kebiasannya, bayaran dibuat
dahulu baru hantaran barang dilakukan. Ini biasa berbeza dengan amalan
serahan barang dulu sebelum dibuat pembayaran dalam urusniaga biasa.
- Barang dihantar
kepada pembeli oleh agen penghantaran.
Tugas penghantaran barang
diuruskan oleh penjual yang dilakukan oleh agen penghantaran. Pembeli
hanya menerimanya di tempat ditetapkan dalam urusan jual beli.
Memandangkan, pembeli tidak
melihat keadaan fizikal sebenar barang, maka biasanya penjual bersetuju
menerima kembali barang itu jika pembeli memulangkannya.
Kos penghantaran akan
dijelaskan dalam laman web sama ada ia ditanggung oleh pembeli atau penjual. Jika
dinyatakan kos ditanggung oleh pembeli, maka sejumlah bayaran perlu dibayar
atau ditambah dari jumlah harga barang.
Perbandingan antara jualan di
atas talian dengan jual beli biasa.
Seperti telah dijelaskan,
jualan di atas talian tidak sama dengan kaedah biasa dalam banyak hal. Antara
perbandingan jual beli atas talian dengan jual beli secara normal.
Kewujudan barang.
Dalam keadaan biasa, barang
dagangan wujud ketika akad dilakukan. Pembeli boleh memeriksa atau menilai
sendiri barang yang ingin dibeli. Pembeli boleh buat penilaian secara fizikal
seperti menyentuhnya, melihat dan perkara lain yang boleh dilakukan seadanya
apabila barang berada di hadapan mata.
Sebaliknya, jualan dalam talian tidak memberi peluang sedemikian. Ini kerana pembeli hanya mendapat
maklumat mengenai produk secara gambar yang dipaparkan dan beberapa maklumat
yang dinyatakan. Sekiranya ingin mendapat maklumat lebih, bakal pembeli
boleh menghubungi penjual.
- Bentuk akad.
Dari segi akad, jualan biasa memperlihatkan
sighah akad sama ada melalui perkataan, perbuatan atau secara berdiam
diri. Namun, akad jualan dalam talian berlangsung secara
berasingan.
Peniaga menyatakan kesediaan
menjual, mungkin telah beberapa bulan lalu ketika meletakan iklan hendak
menjual, sedangkan pembeli baharu menyatakan persetujuan hendak membeli.
Ini ternyata tidak menepati
syarat menetapkan ungkapan qabul hendaklah saling berkaitan dan ada
kesinambungan seperti ungkapan ijab, yakni perkara itu berlaku dalam satu
majlis, serta kedua-dua pihak saling memahami ungkapan dikeluarkan.
Dalam menjelaskan perkara itu,
ulama setuju mengatakan pada hakikatnya ia berlaku secara bersambung, yakni
ijab dari penjual biarpun dinyatakan 'lama', tetapi hakikatnya ia masih
berterusan disebabkan ungkapan itu masih kekal dilihat atau dibaca oleh
pembeli.
Penjual secara berterusan
menyatakan ijab untuk menjual. Lainlah, jika penjual menarik balik iklan
yang dibuat itu dan tentulah bakal pembeli pula tidak boleh melakukan qabul.
- Tempoh serahan.
Elemen boleh diserah yang
menjadi satu lagi syarat jualan ternyata jelas dalam akad jual beli secara
biasa. Ini kerana penjual dan pembeli secara langsung dapat mengambil
keputusan berkaitan penyerahan itu.
Bagaimanapun, dalam jual beli
dalam talian, barang tersebut tidak boleh diserah serta merta, ia perlu melalui
proses panjang dan rumit. Ini kerana ia melibatkan jarak yang jauh dan
perlu melalui beberapa proses lain yang mungkin ada berlaku halangan untuk
dihantar segera.
Selain itu, penjual tidak
mengawal 'keupayaan' ajen penghantaran. Kerap belaku barang yang dihantar
lewat sampai dan ada kalanya hilang di perjalanan.
Sebab itu, kejadian ini perlu
difahami oleh pembeli. Mereka perlu bersedia menghadapi resiko, terutama kelewatan
menerima barang yang dibeli.
Ia tidak mencacatkan akad jual
beli, kecuali syarat 'tempoh' penghantaran disebut sebagai salah satu
'penerimaan' kepada persetujuan membeli. Disebabkan sudah memahami situasi ini,
pembeli biasanya tidak menjadikan 'tempoh' penghantaran sebagai syarat
membeli.
- Produk terlibat
Produk yang gambarnya
dipaparkan di laman sesawang tidak semesti dihantar kepada
pembeli. Ini untuk barang 'sama' yang tidak ada perbezaan yang
dibuat di kilang. Hanya satu gambar yang sama bagi melambangkan barang
yang sebenarnya berjumlah ribu hendak dipasarkan.
Contohnya, setiap buku dengan
judul buku yang sama tidak perlu dipamerkan imejnya di dalam iklan semata-mata
untuk menjelaskan bahawa semua buku itu hendak dijual dan pembeli perlu memilih
mana satu.
Sebaliknya, hanya satu buku
dipamerkan sudah memadai untuk mewakili buku yang lain. Apabila hendak
menghantar kepada pembeli, mana-mana buku boleh dihantar asalkan judul buku
sama.
No comments:
Post a Comment