Jauhilah perkara keji dilarang Allah
dan sesiapa terlanjur melakukannya, hendaklah dia menutupinya sedaya mungkin dan
bertaubat kepada Allah. Tidak patut ada orang melakukan perbuatan aib, tetapi
tidak malu mendedahkan kepada orang lain.
Menutup aib sendiri dengan perasaan
insaf dan tidak akan mengulang perbuatan itu satu adalah termasuk perbuatan
taubat dan menghapuskan dosa yang dilakukan.
Rasulullah mengingatkan agar tidak
mendedahkan perbuatan aib atau kesalahan yang dilakukan. Jika sesiapa
menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami (pemerintah), kami
akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Sahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)
Sabda Rasulullah SAW: "Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya." (Sahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).
Sesungguhnya,
hukuman bukan bertujuan untuk menyiksa, tetapi sebagai pengajaran dan batasan
mencegah perbuatan itu berulang. Maka itu, jika pesalah telah insaf, itu adalah
terserah kepada Allah sama ada menerima atau sebaliknya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya." (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)
Jika
aib sendiri ditegah disebarkan, sudah tentu aib orang lain mesti ditutup. Islam hanya
membenarkan mendedahkan keburukan orang lain sebagai satu bukti apabila di
hadapan mahkamah atau untuk mencari kebenaran.
Ajaran
Islam melarang keras aib seseorang diceritakan. Tidak boleh sekali-kali
menyebarkan tentang apa atau bagaimana keadaan yang tidak baik tentang
seseorang. Bahkan, Islam mengajarkan untuk menutupinya.
Allah
SWT berfirman dalam Surat Al Hujarat ayat 12 bermaksud: "Wahai orang-orang
yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sesungguhnya sebagian
dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan aib orang lain; dan janganlah kamu mengumpat sebagian yang lain.
Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka
sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh karena itu, jauhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang."
No comments:
Post a Comment