Buah tutong adalah genus yang sama dengan durian. Sebab itu
ia juga dikenali dengan nama durian tutong. Ciri buah tutong ialah mempunyai
duri yang panjang dan isi yang berwarna merah.
Jadi, buah tutong termasuk dalam kategori buah durian merah
yang terkenal di Sarawak dan Sabah.
Sebenarnya, buah tutong juga dikenali dengan pelbagai nama
yang pada hakikatnya adalah tidak sama. Durian merah sebenarnya banyak varieti.
Jadi, ciri-ciri buah juga berbeza-beza. Ada yang merah hanyalah
isinya. Ada juga yang kulitnya berwarna merah, tetapi isinya kuning. Manakala ada
yang kulit merah dan isinya juga merah.
Namanya juga berbeza-beza mengikut tempat atau dialek yang
digunakan penduduk setempat. Antara nama-nama itu ialah durian marangang,
durian merah, tutong, atau lahung.
Maka itu, hanya "pakar" sahaja yang dapat
mengenali atau menentukan nama sebenar jenis durian merah yang berkenaan.
Pokok ini dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang tumbuh
semula jadi di hutan. Pokoknya ada yang tinggi boleh mencapai sehingga 40
meter.
Kini ada pihak yang cuba membuat cantunan tunas untuk
menghasilkan baka kacukan baharu yang tujuan ditanam di ladang dan menghasilkan
buah yang lebih berkualiti untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment