Tuesday, 8 April 2025

FUNGSI STESEN LENGKUNG LALU KERETA API

 
Stesen lengkung lalu (passing loop station) adalah tempat kereta api berselisih. Di stesen ini terdapat landasan kereta api melebihi satu laluan, sedangkan sepanjang laluan itu sebenarnya hanya ada satu laluan landasan sahaja.
 
Melalui komunikasi dari pusat kawalan dengan pemandu kereta api, terdapat kereta api yang perlu berhenti di stesen lengkung lalu untuk memberi laluan kereta api dari arah hadapan berselisih untuk meneruskan perjalanan di landasan utama.
 
Di stesen lengkung lalu juga, kereta api berhenti untuk memberi laluan kepada kereta api yang berada di belakang meneruskan perjalanan atau memotong kereta api yang berada di stesen lengkung lalu. Kereta api di stesen lengkung lalu kemudian akan meneruskan perjalanan mengikut di belakang.
 
Tindakan memotong perlu bagi kereta api di belakang dapat mengekalkan kelajuan tanpa perlu mengikut kereta api yang perlahan di hadapan. Kelajuan kereta api berbeza, terutama kereta api penumpang dengan kereta api barang atau kargo. Kereta api penumpang lebih laju dan perlu diutamakan untuk sampai di satu-satu destinasi.
 
Dengan wujudnya stesen lengkung lalu membolehkan kereta api dari dua arah bergerak serentak dan berhenti di stesen tersebut untuk berselisih atau memotong.
 
Gambar - Landasan kereta api ECRL.
Gambar oleh - Kuantan Developmen News

No comments:

Post a Comment