Kibar bendera asing merupakan satu
kesalahan jenayah yang boleh disiasat, ditangkap dan didakwa kerana Malaysia
adalah negara berdaulat.
Di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan
Mempamer) 1949 (Akta 193), Seksyen 3 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun
boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di
tempat awam atau sekolah.
Sekolah pula ditakrifkan sebagai mana-mana
premis atau mana-mana bahagian premis tempat orang kebiasaannya diajar sama ada
di dalam satu kelas atau lebih.
Pengecualian hanya diberikan kepada
mana-mana orang yang ditauliahkan sebagai wakil diplomatik atau wakil konsular
kuasa asing ke Malaysia.
Mereka ini boleh mempamerkan lambang
kebangsaan negara asing di sekolah atau tempat awam negara ini.
Seksyen 5 pula memberi kuasa kepada menteri
untuk memberikan pengecualian atau permit bagi mempamerkan mana-mana lambang
tersebut, walaupun bukan diplomat atau wakil konsular.
Sesiapa yang dituduh dan didapati bersalah
melakukan kesalahan mempamer lambang kebangsaan, jika mereka tidak jatuh dalam
kategori pengecualian (seperti diplomat atau wakil konsular atau diberikan
permit untuk berbuat demikian), boleh dipenjara hingga tempoh yang tidak
melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya.
No comments:
Post a Comment