Sunday 24 July 2022

DIHUKUM PENJARA FITNAH DI MEDIA SOSIAL

  
Fitnah di laman sosial boleh dihukum penjara, selain denda jika disabitkan di mahkamah.  Pertuduhan menfitnah di laman sosial mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 500 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 
 
Undang-undang negara terdapat akta khusus untuk menangani masalah fitnah iaitu Akta Fitnah 1957.  
 
Akta itu membolehkan seeorang dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan perbuatan yang boleh merendahkan diri seseorang pada mata masyarakat; tindakan yang boleh menyebabkan seseorang dicemuh, dihina, dibenci dan dikeji; perlakuan yang boleh merosakkan reputasi dalam jawatan, profesion dan perniagaan seseorang; dan bertujuan merosakkan kredibiliti seseorang. 
 
Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-dua-duanya sekali.   
 
Selain itu, mereka yang melakukan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara melalui perbuatan menghasut boleh didakwa mengikut kesalahan Akta Hasutan 1948.  
 
Di bawah Seksyen 4 (1) (b), jika disabitkan bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 dan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 
 
Sebab itu berhati-hati apabila berinteraksi di media sosial. Jauhkan sikap tidak bertanggungjawab membuat hantaran atau memuat naik gambar atau video yang menyebabkan anda dituduh di mahkamah.

No comments:

Post a Comment