Friday 1 July 2022

PCAK BANTU ASNAF DI JELAWAT

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) membantu mengagihkan sumbangan berupa Susu Nilofa dan wang sumbangan dari Farra Beauty kepada asnaf di Jelawat, Bachok. 
 
Terima kasih kepada Farra Beauty dan penyumbang lain yang turut membantu menjayakan program agihan untuk asnaf kali ini. 
 
PCAK berusaha untuk mendapatkan lebih banyak sumbangan untuk diagihkan kepada asnaf. Tanpa penyumbang, PCAK tidak mampu untuk terus membantu asnaf. 
 
Di luar sana masih terdapat banyak asnaf yang memerlukan bantuan biarpun hanya berupa barangan makanan asas yang berharga puluhan ringgit. Setiap kali PCAK mengadakan program serahan sumbangan, ada senyum terukir di wajah penerima. 
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment