Monday 9 May 2022

USAHA ROSLAN PULAU SERATUS DIIKTIRAF

  
Roslan Ismail atau lebih dikenali Roslan Pulau Seratus menjadi ikon kepada penduduk Pulau Seratus dan komuniti di kepulauan delta Sungai Kelantan. 
 
Semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022. 
 
Selain Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 
 
Senarai anugerah lain diterima Roslan;  
- Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021  
- Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996) 
- Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)  
- Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)  
- Anugerah Belia Kelantan (2019)  
- Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016) 
 
Jadi, tidak hairan jika ada pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan, Roslan akan dijemput bersama atau dilibatkan untuk menjayakannya. 
 
Roslan yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) kerana tidak mampu berjalan akibat mengidapai polio semasa kecil akan bergerak dari satu pulau ke satu pulau dengan menggunakan ATV ataupun motosikal roda tiga, selain menggunakan bot dari jeti ke jeti.

No comments:

Post a Comment