Thursday 17 March 2022

SEMENTARA ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG

  
Jangan tangguh-tangguh untuk bersedekah, kerana takut ajal mendahului kita. Besarnya fadilat bersedekah, sehinggakan mereka yang sudah meninggal, merayu-rayu kepada Allah SWT untuk kembalikan dia ke dunia untuk bersedekah. 
 
Malangnya, pada waktu itu, segalanya sudah terlambat. Harta yang dulunya miliknya, sudah bertukar milik kepada warisnya. Kerana yang kekal bersama kita, hanyalah harta kita sedekahkan. 
 
Ruginya mereka yang tidak bersedekah.

No comments:

Post a Comment