Tuesday 13 April 2021

KHASIAT POKOK MULBERI, PUCUK DIMASAK LEMAK CILI API

 
Pokok mulberi atau nama saintifiknya morus alba semakin banyak ditanam di negara Malaysia. Di Indonesia dipanggil murbei, di China pula dipanggil sangye. 
 
Di Malaysia, daun pokok mulberi lebih dikenali sebagai daun ulat sutera. Kenapa pulak? Sebabnya, daun mulberi adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. 
 
Orang Cina termasuk di Tanah Besar China sudah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok mulberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. 
 
Buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji mulberi mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 
 
Tidak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun mulberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api. 
 
Daun mulberi juga boleh dibuat teh. Rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula. 
 
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Khasiat pokok mulberi antaranya adalah:
- Penawar dan mencegah penyakit kencing manis
- Mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
- Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
- Membantu dalam kehilangan berat badan
- Mengurangkan keadaan asma yang teruk
- Melambatkan proses penuaan
- Mengurangkan risiko kerapuhan tulang
- Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
- Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
- Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
- Menambahkan tenaga
- Meningkatkan produksi susu badan
- Membantu mengurangkan migraine
- Atasi sukar tidur malam
- Mengawal tekanan darah tinggi

No comments:

Post a Comment