Friday, 8 July 2016

GHAIRAH CARI KEJAYAAN HIDUP

Apabila disebut perkataan nafsu, tentu tergambar perbuatan tidak elok. Paling kerap dikaitkan nafsu seks. Mengapa kita tidak dalami maksud nafsu yang sebenar agar tidak terikut-ikut dengan konotasi tidak elok.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka cetakan keempat, perkataan "nafsu" yang kata asal dari Bahasa Arab bermaksud:

1. keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat, kemahuan yang kuat, dorongan hati: nafsu belajarnya tidak padam-padam; terburu nafsu = keburu nafsu Id berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa kerana nafsu (dengan tidak berfikir panjang);

2. = hawa nafsu kehendak hati yang kuat untuk me lakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (seperti berseronok antara laki-laki dengan perempuan dan lin-lain): perempuan tidak boleh me lakukan sesuatu yg boleh membangkitkan nafsu dan perasaan laki-laki;

3. = nafsu makan ke inginan untuk makan, selera: fikiran yang tenang itu biasanya tidak mengganggu nafsu makan; patah nafsu hilang selera; nafsu amarah a) dorongan hati untuk melakukan sesuatu yang kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; nafsu kuda hawa nafsu yang melampau; ~nafsu-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; nafsu tabiat ke mahuan semula jadi, naluri; nafsu-nafsi, raja di mata, sultan di hati peribahasa melakukan sesuatu dengan sesuka hati sendiri; bernafsu dengan penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu nafsu untuk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya nafsu.

Dalam literatur Arab, nafsu berarti "jiwa kehidupan" atau "gairah dan hasrat akan duniawi". 

Cuba kita positifkan perkataan nafsu kepada maksud yang baik. Melakukan perkara yang bersungguh-sungguh itu adalah nafsu. Jadi, pelajar perlu bernafsu untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Pekerja juga selalu bernafsu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. 

Kita perlu bernafsu untuk lebih hebat dan berjaya. Jangan jadi layu dan kuyu tanpa nafsu.  Tingkatkan nafsu agar kita kelihatan hebat dan dihormati orang. 

Imam Al Ghazali berkata, nafsu itu seperti anjing. Jika dilatih dan dijinakkan ia pasti akan menjadi baik. Namun jika diikut bisikan syaitan, sudah pasti nafsu itu berperangai seperti syaitan. Manusia berperangai macam syaitan lebih buruk kesannya kepada manusia berbanding syaitan sendiri.  

Syaitan hanya menghasut manusia secara bisikan di dalam hati, sedangkan manusia berperangai syaitan akan melakukan kejahatan secara nyata atau fizikal. Mereka menjadi wakil syaitan dalam melakukan perkara buruk di dunia ini yang melibatkan sesama manusia.

No comments:

Post a Comment