Umat Islam disajikan dengan pelbagai janji manis jika
melakukan sesuatu amalan pada bulan Rejab.
Sebenarnya, tiada amalan khusus bulan Rejab yang dilaporkan
daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan khusus Rejab adalah sebahagian
kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya hadis palsu
(maudhuk).
Terdapat ulama terdahulu membongkar usaha golongan pemalsu
hadis berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya.
Abu al-Khattab Umar bin Hasan ibn Dihyah (wafat. 633H) mengarang buku 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)'.
Hajar menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.
Begitu juga menghidupkan malam Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada bulan lain, tidaklah ditegah. Tetapi jika beribadah sunat hanya pada bulan Rejab dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).
Hajar menjelaskan, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab. Namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."
- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. Ia palsu kerana direka Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati, seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai pembohong.
- Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku. Ia palsu kerana ia direka oleh Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash, seorang pelapor hadis yang dilabel ulama hadis sebagai pembohong. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika
bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada
bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu
tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang
tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
- Bersedekah bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka.
Laporan ini palsu kerana direka oleh Aban bin Abi Iyash.

No comments:
Post a Comment