Kehidupan
berumahtangga penuh cabaran. Banyak pasangan berdepan konflik rumahtangga.
Mahligai kehidupan yang dibina runtuh akibat gagal selesai konflik dihadapi.
Antara
punca berlaku konflik rumahtangga ialah:
Bukan pasangan pilihan. Banyak kes perkahwinan
diatur sepenuhnya oleh keluarga. Pasangan tidak berpeluang untuk menyatakan
pendapat atau persetujuan.
Dengan kata lain, mereka berkahwin tanpa
perasaan cinta. Namun, demi untuk mengembirakan keluarga, maka pasangan
terpaksa berkahwin.
Perkahwinan atas dasar bukan pilihan
sendiri mendedahkan kepada beberapa kesan.
Pasangan berdepan situasi tidak kenal mengenali
hati budi pasangan masing-masing. Keadaan ini mewujudkan
satu keadaana tidak serasi dan sukar untuk menerima kelemahan pasangan.
Maka, keadaan ini akan mewujudkan konflik
yang berterusan biarpun berpunca perkara kecil.
Sudah ada pasangan pilihan
sendiri. Keadaan ini berterusan mengganggu usaha
untuk menjalin perasaan kasih sayang di antara suami isteri. Suami atau isteri
atau kedua-duanya sudah ada pilihan masing-masing.
Justeru, perasaan kasih dan sayang masih
menguasai diri. Lebih-lebih lagi jika pasangan yang dijodohkan oleh keluarga
itu tidak memiliki ciri-ciri yang boleh menawan perasaan mereka.
Tidak sekufu. Dalam Islam istilah
sekufu bermaksud sama taraf dalam soal kekayaan, pendidikan, umur, kecantikan
dan kedudukan.
Pasangan ingin berkahwin disarankan agar
milih pasangan sekufu. Namun, tidak pula menjadi halangan jika pasangan
berkahwin biarpun tidak sekufu.
Pasangan tidak sekufu berdepan beberapa
masalah yang boleh mendatangkan konflik rumah tangga.
Masa bercinta memang mereka sanggup menerima apa saja kekurangan pasangan dan
keluarga.
Namun, perkara menjadi berubah apabila
hidup bersama. Contohnya, suami yang miskin sukar untuk memenuhi kehendak
kewangan isteri dari kalangan keluarga kaya.
Si isteri yang biasa hidup mewah tentu
sukar untuk menyesuaikan diri terpaksa hidup dalam suasana serba kurang. Maka,
keadaan ini boleh mewujudkan konflik berterusan.
Taraf pendidikan yang jauh berbeza. Apabila taraf
pemikiran dan kecerdikan berbeza, mereka sukar untuk berkomunikasi. Pandangan
dan pendapat sering berbeza yang boleh menimbulkan keadaaan konflik.
Dalam keadaan ini, rumahtangga yang
komunikasi kurang mesra atau ada jurang pandangan, akan berterusan berdepan
masalah.
Campurtangan keluarga. Semua ibu bapa
ingin melihat anak mereka berkahwin dan bahagia.
Sebab itu, ada ibu bapa tidak dapat
menerima hakikat bahawa anak yang telah berkahwin sebenarnya mempunyai
tanggungjawab sendiri. Mereka perlu diberikan kebebasan untuk mengatur sendiri
apa yang terbaik untuk mereka.
Sikap ibu bapa cuba mengawal dan menentukan apa yang perlu dilakukan oleh anak
dan menantu menyebabkan suami isteri tidak dapat merancang apa yang sepatutnya
mereka lakukan.
Sedangkan hakikat sebenar, setiap pasangan
suami isteri ada matlamat sendiri ingin dicapai.
Campurtangan keluarga akan mengganggu
perancangan asal mereka. Jika kedua-dua suami isteri bersetuju dengan cadangan
keluarga, maka tidak timbul masalah.
Apa yang menjadi konflik ialah apabila satu
pihak tidak bersetuju dan akhirnya menjadi konflik dalam keluarga.
Sikap cerewet keluarga. Keadaan ini
menyebabkan anak dan menantu tidak mampu mengikut kehendak keluarga.
Rasa tidak puashati pasangan akan wujud
jika terpaksa melayan mertua melebihi apa yang sepatutnya. Perasaan ini membawa
kepada konflik antara suami isteri yang menggongcangkan keharmonian
rumahtanggan.
Keluarga membesarkan masalah. Tidak dinafikan
kehidupan berumahtangga tidak sunyi berdepan dengan masalah atau kekurangan.
Ini perkara ini mudah diselesaikan dengan
persefahaman dan ikatan kasih sayang serta rasa tanggungjawab.
Namun, perkara kecil ini boleh menjadi besar jika wujud campurtangan keluarga
yang cuba mempengaruhi atau mengambil kesempatan dalam perkara berkenaan.
Perkara ini berlaku apabila rasa tidak puashati kepada menantu disebabkan hal
tertentu.
Masalah kewangan. Wang bukan
segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang untuk mendapatnya. Banyak keperluan
hidup perlu disediakan menggunakan wang.
Jadi, jika tidak ada wang yang cukup, maka
boleh menimbulkan perasaan tidak senang dalam keluarga. Keadan menjadi teruk
jika melibatkan beberapa perkara lain.
Masalah kewangan yang meruncing menyebabkan
suami isteri akan saling menyalahkan antara satu sama lain. Contohnya,
suami mungkin menuduh isteri bersikap boros.
Sedangkan isteri pula akan menyalahkan
suami tidak mampu mencari rezeki yang banyak mungkin disebabkan kurang berusaha
atau tidak tahu berjimat. Keadaan tuduh dan saling menyalahkan ini menimbulkan
konflik yang berterusan dalam keluarga.
Tumpuan terpaksa diberikan kepada usaha
mencari rezeki. Apabila berdepan masalah kewangan, satu
langkah bijak ialah melipatgandakan usaha mencari rezeki. Usaha itu melibatkan
masa dan tumpuan yang lebih daripada biasa.
Tindakan itu satu langkah bijak, namun pada masa yang sama ia boleh menimbulkan
konflik apabila pasangan tidak dapat menerima hakikat bahawa peluang masa untuk
bersama dan perhatian akan terjejas.
Ini mewujudkan konflik hingga menyebabkan
tuduh menuduh dan saling menyalahkan yang membawa keadaan tegang dalam
rumahtangga.
Tindakan protes. Kebiasaannya
isteri yang tidak berpuashati dengan permintaan tidak ditunai oleh suami dalam
soal berkaitan kewangan, akan menunjukkan tanda protes seperti tidak mahu
melayan atau melaksanakan tugas yang sepatutnya. Sikap itu menyebabkan berlaku
konflik dalam rumahtangga.
No comments:
Post a Comment