Pelajar SMK
Panggung Jaya cipta sensasi di Pertandingan Pengucapan Awam Inspirasi Informasi
Kerjaya dalam Simposium Amalan Terbaik Inovasi dan Karnival Pendidikan
Kaunseling Kerjaya Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
Pelajar
berkenaan, Nur Asurizah Abd Kadir, mendapat tempat kelima dalam pertandingan
tersebut, dianggap satu pencapaian hebat bagi pelajar dari sekolah pedalaman,
yang baru bertatih dalam segenap segi.
Bahkan,
kejayaan terpilih mewakili Kelantan sudah dianggap satu kejayaan cemerlang
menjadi kebangggaan seluruh warga SMK Panggung Jaya.
Nur Asurizah
yang dibimbing Cikgu Rumaizah Ramli telah membuktikan biarpun SMK Panggung Jaya
terpencil duduknya di ceruk desa, namun mampu memberi saingan kepada
sekolah-sekolah ternama di ibu kota.
Kejayaan itu bukti
bahawa di mana letak sekolah bukan penentu kepada kemampuan pelajar. Sistem
pendidikan di Malaysia membuka peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar
untuk mengapai apa jua impian dengan dibantu oleh guru-guru yang bersedia
berbakti biarpun di mana mereka ditugaskan.
Apa yang
penting, usaha dan semangat perlu sentiasa ada untuk bersaing. Jangan peduli
siapa “musuh” ditentang, tetapi yakinlah dengan kebolehan diri.
SMK Panggung
Jaya Sekolah Orang Asli Pertama di Kelantan
https://bicaramentari.blogspot.com/2021/11/swd.html
https://bicaramentari.blogspot.com/2021/11/swd.html
Kejayaan anak Orang Asli dalam pelajaran
Alhamdulillah, moga terus cemerlang
ReplyDelete