Apa yang kita tulis, tentu sekali kita
ingin seramai mungkin membacanya. Pendapat kita, ilmu yang ingin kita sebarkan,
pengalaman ingin dikongsikan, tentu sekali kita ingin banyak orang membacanya.
Kalau ia disebarkan dalam bentuk video pun begitu juga.
Untuk kita mendapat lebih banyak pembaca atau
penonton, kita perlu sebarkan di tempat banyak orang dapat mencapainya.
Kalau di kumpulan Whatsapp, mungkin sekitar
100 orang sahaja. Itupun juga semuanya membaca atau menonton. Jika di Facebook,
bilangan ikut jumlah sahabat, paling banyak yang dibenarkan ialah 5000 orang.
Tetapi kalau kita buka akaun profile kepada umum untuk menjadi pengikut, jumlahnya
tidak terhad.
Facebook juga memberi peluang kepada kita
mencipta halaman atau ‘page’ yang bilangan pengikut atau suka tidak terhad.
Boleh berjuta-juta orang atau lebih tepat lagi tiada had. Hal yang sama juga jika
kita menubuh kumpulan di Facebook yang boleh dijemput sesiapa sahaja.
Selain Facebook, di Instagram dan Tweeter juga
kita boleh mendapatkan banyak pembaca berbanding dengan WhatsApp.
Tidak salah kita menggunakan kumpulan
WhatsApp untuk berkongsi tulisan atau video, tetapi kalau hendak banyak orang
baca atau lihat, ia perlu dikirimkan di aplikasi lain.
Kumpulan WhatsApp lebih sesuatu kepada isu
atau perkara terhad kepada ahli-ahli sahaja. Perkara yang perlu dirahsiakan
kepada pengetahuan umum. Maka, itu memang wajar digunakan di platform WhatsApp.
Kalau ia perkara terbuka atau umum, yang
kita ingin sebanyak mungkin orang tahu, maka kirimkan ia ke platform lain.
No comments:
Post a Comment