Tuesday, 1 September 2026

ULAR PANTAI BELANG

 
Ular pantai belang (Calliophis intestinalis) atau "banded malayan coral snake" merupakan satu di antara ular tempatan yang diketahui berbisa dan berbahaya kepada manusia.

Biarpun berbisa dan berbahaya kepada manusia, kes patukan untuk spesies ini di Malaysia dikatakan masih tiada kes kematian.

Pun begitu, kepada yang menjadi mangsa pagutan ular ini hendaklah mendapatkan rawatan di hospital atau fasaliti kesihatan kerana bisanya boleh menyebabkan mangsa "tertidur".

Spesies ini tak tahan panas, kalau dia naik atas tar tengah hari, sekejap saja boleh menyebabkan kematian terhadap ular tersebut.

Walaupun "coral" (batu karang) ular ini bukan spesies ular laut. Ada beza "coral snake" dengan "sea snake".

Nama "cora" sebab keluarga spesiesnya hampir semua mempunyai warna yang menarik seperti batu karang di lautan.

Sumber gambar - internet

No comments:

Post a Comment