Monday, 14 September 2026

DIDAKWA LUPUS PELABURAN TH SEBANYAK RM860

 
Didakwa lupus pelaburan TH sebanyak RM860, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, telah didakwa kerana didapati menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan wang bernilai lebih RM860 juta kepada pihak Al-Rawda.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen, di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menyebabkan TH melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara 2015 hingga 2017.

Jamil Khir, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Jamil Khir didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM860,308,770.51, kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd (al-Rawda).

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM42,942,074, bersamaan SAR44.17 juta.

Pertuduhan kedua membabitkan RM288,172,134.64, bersamaan SAR250,041,622, manakala pertuduhan ketiga membabitkan RM529,194,561.87, bersamaan SAR471,848,615.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kompleks Islam Putrajaya, masing-masing pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, peruntukan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang atau penyelewengan harta secara jenayah.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan bukan berkaitan pecah amanah rasuah. Pertuduhan pecah amanah rasuah adalah di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Al-Rawda sebuah syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek dari Arab Saudi. Pelaburan ini dikenal pasti oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai kerugian bagi tempoh operasi antara 2014 hingga 2020.

Pada peringkat awal pelaburan, Al-Rawda membuat bayaran kepada TH sepertimana mengikut perjanjian. Bagaimanpun, bayaran yang sepatutnya dijelaskan terhenti mulai Mac 2019. Maknanya, sepanjang Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan bermula Mei 2018, bayaran masih diteruskan oleh Al-Rawda.

Bayaran mula terhenti apabila Al-Rawda terkesan dengan tindakan kerajaan Arab Saudi rampas kumpulan Binladen di sana.

Lalu menjadi lagi parah dengan dua tahun pandemik 2020-2021 di mana hotel-hotel milik mereka tidak dapat beroperasi.

Pakar menjangkakan peluang TH untuk mendapatkan semula baki award timbang tara bernilai ratusan juta ringgit daripada kes ini adalah agak tipis.
 
Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom

No comments:

Post a Comment