Resort Pantai Kemasin (Kemasin Beach Resort atau KBR)
menjadi sebuah destinasi pelancongan terkenal di Bachok, Kelantan apabila
tampil dengan persekitaran yang indah dan menarik.
KBR terletak di pesisir Pantai Kemasin menampilan ketenangan
suasana pantai dan juga kemeriahan gelak tawa orang ramai yang sedang menikmati
kemudahan dan aktiviti yang disediakan.
antara tarikan utama di KBR adalah taman permainan air
berwarna warni yang dilengkapi gelongsor tiup dan pelampung yang sesuai untuk
kanak-kanak.
Bagi makanan pula, sebanyak 16 gerai jualan makanan dan
minuman dijual dengan harga yang mampu milik.
Diharapkan KBR dapat memenuhi kcenderungan rakyat Kelantan
yang ingin aktiviti santai dan makan-makan. Ia diharap dapat menjadi pilihan berbanding
melancong ke luar negara, khususnya Selatan Thai semata-mata untuk mencari
makanan tular.
KBR adalah pilihan tepat sebagai destinasi pilihan bagi mereka yang mencari tempat percutian yang menggabungkan keindahan alam semula jadi, kemudahan tempat makan, hiburan kanak-kanak dan aktiviti lasak yang mencabar.





No comments:
Post a Comment