Gemas di Negeri Sembilan sejak dahulu
sinonim sebagai pekan kereta api di Malaysia kerana menjadi titik pertemuan
laluan kereta api dari barat, timur, utara serta selatan.
Stesen Gemas lama merupakan sebuah
stesen kereta api yang tidak lagi digunakan sejak tahun 2013 apabila stesen
baru yang berada bersebelahan dengannya beroperasi. Stesen baharu dilengkapi
dengan kemudahan yang lebih lengkap serta moden.
Stesen Gemas dibina tahun 1906. Pada tahun
1940-an, stesen ini terdiri daripada dua buah pelantar serta empat depot
lokomotif, sebuah cakera putar 60 kaki dan 60 batang tuil kawalan sebelum
digantikan dengan sistem 80 batang tuil.
Stesen Gemas mula dibina pada tahun
1906. Ia mempunyai keunikan tersendiri di mana ia menghubungkan dan menjadi
titik pertemuan antara pantai timur-selatan-utara.ia terletak ditengah-tengah
laluan dan menjadi perhentian terpenting, serta menjadi tempat penukaran kepala
untuk megubah hala laluan.
No comments:
Post a Comment