Wednesday 4 January 2023

TABIAT MINUM BAHAYAKAN KESIHATAN

  
Disangka susu, rupanya susu pekat manis bukanlah susu sepenuhnya. Susu pekat manis diproses dengan menambah gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin.
 
Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu mati lalu mengekal tahap sterile susu tersebut. Kandungan gula di dalam satu tin susu pekat manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%.
 
Namun, produk susu pekat manis selalu diwar-warkan dengan slogan rendah lemak, mengandungi vitamin D, A, B, lebih kalsium dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.
 
Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah tinggi. Susu pekat manis digunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan sebagainya.
 
Selain itu ia juga sering digunakan dalam kuih muih, kek, ABC, cendol dan sebagainya.
 
Kajian membuktikan bahawa penggunaan susu pekat manis di dalam minuman merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.
 
Teh tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi punca kepada peningkatan pengambilan gula.
 
Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak.
 
Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada susu pekat manis mungkin merupakan pilihan yang lebih baik bagi menikmati teh tarik Kegemaran rakyat Malaysia.
Pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia. Hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
 
Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah dipotong akibat komplikasi kencing manis.

No comments:

Post a Comment