Monday 16 January 2023

PERKHIDMATAN BOT SUSURI SUNGAI KELANTAN

  
Industri pelancongan berasaskan kepada sungai dan pulau semakin berkembang di Kelantan. Kini ada perkhidmatan bot untuk menyusuri Sungai Kelantan untuk ke beberapa tempat tarikan.

Perkhidmatan yang bermula di Tambatan Diraja, berhampiran Kompleks Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan memberi pilihan kepada pengguna untuk menuju ke destinasi menarik di sepanjang Sungai Kelantan seperti Laman Warisan Kampung Laut, Pasar Terapung Sri Tanjung, Pasar Terapung Pantai Suri dan perjalanan lain yang diingini.
 
Bot besar dan selesa dengan ciri-ciri keselamatan.

No comments:

Post a Comment