Roslan
Ismail atau lebih dikenali Roslan Pulau Seratus menjadi ikon kepada penduduk Pulau
Seratus dan komuniti di kepulauan delta Sungai Kelantan.
Semangat
kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk diiktiraf melalui
pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh OKU Parlimen Tumpat
2022.
Selain Tokoh OKU Parlimen
Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016,
2017) disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,
Senarai
anugerah lain diterima Roslan;
-
Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021
-
Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)
-
Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)
-
Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)
-
Anugerah Belia Kelantan (2019)
-
Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016)
Jadi, tidak hairan jika ada
pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan, Roslan akan dijemput bersama atau
dilibatkan untuk menjayakannya.
Roslan yang berstatus orang
kelainan upaya (OKU) kerana tidak mampu berjalan akibat mengidapai polio semasa
kecil akan bergerak dari satu pulau ke satu pulau dengan menggunakan ATV ataupun
motosikal roda tiga, selain menggunakan bot dari jeti ke jeti.
No comments:
Post a Comment