Wednesday, 27 May 2026

PERLU LEBIH BANYAK TUKANG SEMBELIH

 
Fenomina kekurangan tukang sembelih atau jurusembelih haiwan korban berlaku setiap tahun. Jumlah lembu yang dikorbankan semakin bertambah, sedangkan tukang sembelih tidak ramai. Tukang sembelih kena ke sana ke sini untuk menyembelih lembu.

Setiap tempat sembelihan ada “halangan” masing-masing yang menyebabkan kerja sembelihan menjadi lambat. Ada kejadian peserta korban tidak sampai lagi. Ini biasanya berlaku di tempat mula-mula.

Kes lain berlaku apabila lembu sukar dijinakkan. Mengambil masil lama untuk ditumbangkan. Kena macam-macam tektik digunakan. Itu belum masuk kes lembu terlepas. Satu kampung perlu mengejar lembu.

Satu lagi kebiasaan yang menyebabkan jadual tukang sembelih “lari” ialah apabila bilangan yang disembelihkan bertambah. Awalnya dimaklumkan seekor sahaja, tiba-tiba jadi tiga ekor. Memang lamalah masa diperlukan di tempat itu.

Sepatutnya, perlu dilatih lebih banyak tukang sembelih agar kerja-kerja menyembelih lebih lancar dan cepat. Aktiviti korban dapat dilaksanakan tepat masa dan semua yang terlibat tidak tertunggu-tunggu.

Terima kasih tukang sembelih yang berkorban tenaga untuk menyempurnakan ibadat korban mereka yang dilebihkan rezeki dan mampu melaksanakan ibadat korban.

No comments:

Post a Comment