Monday, 10 July 2023

APA MAKSUD FYP DI APLIKASI TIK TOK?

 
Apa maksud FYP yang sering digunakan dalam aplikasi TikTok? FYP adalah singkatan daripada perkataan “for your page”. FYP merupakan halaman pertama yang dibuka pengguna ketika mereka membuka aplikasi TikTok.
 
Cara kerja atau cara pemilihan sesuatu kiriman menjadi FYP tergantung pada algoritma TikTok. Ada tiga kategori yang digunakan untuk menilai kandungan video tersebut yang memungkinkan ia termasuk dalam FYP anda, yakni interaksi yang dilakukan, informasi video, serta pengaturan akaun.
 
FYP boleh dianggap sebagai “umpan” oleh TikTok untuk memujuk penonton terus melihatnya dan kemudian kepada video-video lain. Jadi, yang terpilih menjadi FYP mempunyai daya tarikan berbanding yang lain.
 
Algoritma TikTok menetapkan bahawa video yang dikelaskan sebagai FYP berdasarkan minat dan interaksi penonton pada masa sebelumnya. Biasanya video yang muncul di FYP pada aplikasi TikTok merupakan video paling popular yang memiliki banyak penayangan, suka atau like, dan banyak pengikutnya.
 
Para pengguna TikTok yang videonya muncul pada FYP pengguna lain, hal ini akan mendapatkan like atau suka, lebih banyak penyangan, hingga pengikut yang akan bertambah. Untuk itu, pengguna yang membuat kandungan video, berusaha untuk muncul di FYP.
 
Interaksi aktiviti dilakukan pemilik akaun tentang kandungan apa yang mereka sukai, video yang rutin dikongsikan, akaun yang diikuti, komen yang mereka berikan dan kandungan yang mereka muat naik.
 
Kemudian untuk maklumat video perlu ada kapsyen, bunyi, tanda pagar yang mereka guna. Maklumat itu akan disesuaikan dengan pengaturan telefon pintar dan akaun penggunanya, seperti keutamaan bahasa, negara, serta jenis perkakasan yang digunakan oleh pengguna.
 
Berikutnya, algoritma TikTok akan bekerja menyajikan kandungan di FYP sesuai maklumat diperoleh daripada setiap pengguna tadi. Semakin banyak pengguna TikTok yang anda ikuti dan terlalu sering interaksi anda, maka akan semakin tepat antara algoritma TikTok dengan minat anda terhadap kandungan video TikTok.
 
Namun, apabila anda tidak menginginkan salah satu kandungan video TikTok yang muncul di FYP anda, maka dapat memilih "Not interested" atau menyembunyikan konten tertentu yang tidak disukai agar ia tidak ditampilkan lagi selepas itu.
 
Perlu diingat, bahawa video yang muncul di FYP anda, itu bukan selalu video yang sedang tular, melainkan video yang tengah anda sukai berdasarkan maklumat aktiviti anda ketika menggunakan aplikasi TikTok. Untuk itu, video yang muncul di FYP TikTok antara satu pengguna dengan pengguna lain tidaklah sama.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment