Mudah lupa tanda kesan usia telah tua.
Tidak kisahlah sesiapa pun tarafnya. Manusia dianggap paling cerdik atau bijak,
profesor yang telah melahirkan ribuan siswazah pun tidak terkecuali berdepan
dengan situasi mudah lupa. Bekas perdana menteri pun tidak terkecuali dengan masalah pelupa.
Kadang-kadang perkara yang dilupakan itu
adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Maksudnya bukan perkara yang sudah lama
berlaku atau memerlukan daya berfikir yang tinggi.
Bayangkan, buka pintu rumah dengan tujuan hendak
ambil barang yang tertinggal di dalam kereta, tetapi disebabkan ada ayam jiran
di hadapan rumah yang perlu dihalau, setelah halau ayam terus masuk semula di
dalam rumah.
Apabila sudah berada di dalam rumah, maka
terfikir-fikir kembali apa yang sebenarnya tujuan keluar dari rumah. Berfikirlah
tidak ubah seperti hendak menyelesaikan soalan matematik tambahan yang
memerlukan penggunaan macam-macam formula.
Itulah masalah apabila sudah tua. Jadi, tidak
dapat mengingati rakan sekolah yang telah berpisah 40 tahun bukan hal yang
besar. Anggaplah itu satu perkara yang sudah diduga.
Kepada kawan-kawan, jangan berasa kecil hati
atau merajuk jika anda tidak dikenali oleh rakan yang dahulunya sangat rapat
dengan kita. Kerana faktor tua, ada yang tidak mengenali bekas kekasih!!!
No comments:
Post a Comment