Taman
Rekreasi & Zoo Kemaman (TRZK) telah dibuka pada 11 Ogos 2009 dan adalah
satu-satunya zoo yang terletak di Pantai Timur.
Dengan
keluasan 35 ekar, Zoo Kemaman adalah gabungan zoo mini, taman, buah-buahan,
herba, anggrek, tumbuhan tropika, bonsai, taman tema air dan habitat semula
jadi yang terbesar di negeri Terengganu.
TRZK
adalah rumah bagi 54 pelbagai spesis berlainan termasuk singa, harimau, gajah,
orang utan, buaya tembaga, pelbagai jenis burung dan bermacam-macam lagi.
TRZK
terletak di lokasi strategik yang boleh disinggah melalui jalan raya iaitu
Jalan Mak Chili – Ibok dan Jalan Kerteh – Ibok atau jalan air iaitu melalui
Sungai Bukit Kuang – Sungai Yak Yah.
TRZK
memainkan peranan penting sebagai pusat pemuliharaan hidupan liar, selain
memperkasakan pengetahuan tentang flora dan fauna untuk pengunjung.
No comments:
Post a Comment