Thursday, 7 October 2021

BANYAK INDIVIDU TIPU DIRI SENDIRI

   
Ada yang bertugas sebagai pegawai di industri Kewangan Islam hatta CEO; namun rumah, kereta atau simpananya menggunakan produk konvensional. 
 
Baginya ilmu kewangan Islamnya hanyalah untuk cari duit, bukan untuk kehidupannya. Jika dapat tawaran lebih lumayan ke konvensional, tanpa teragak dia pergi. 
 
Ada yang menjual produk memutih kulit atau membaiki kulit wajah; namun dirinya sendiri sentiasa memakai makeup sewaktu gambar dan di luar. 
 
Baginya barang jualan hanyalah untuk cari duit untuk dibeli orang 'terpedaya', bukan benar-benar berkesan kerana diri sendiri masih terpaksa bergantung dengan 'contengan makeup'. 
 
Ada ilmuan agama, berceramah, mengajar, jadi imam dan memberi pengisian menginsafkan; namun diri sendiri bahasanya buruk, kerap maki hamun, akhlak mcm topeng di luar baik, di rumah atau di luar ceramah dia berwatak lain, sombong, memukul isteri dan sebagainya. 
 
Itulah, ilmu agama tidak semestinya mampu jadikan seseorang itu berakhlak, kerana itu banyak kecaman Allah terhadap orang berilmu tetapi tidak diamalkan. 
 
Ada motivator syarikat, ceramah hebat dan membangun semangat pendengar; namun di syarikatnya, para pekerjanya sendiri tidak hormat kepadanya kerana dia tidak amalkan ilmu dalam ceramahnya di pejabatnya sendiri. 
 
Sumber media sosial.
 
Gambar bot di Jeti Kok Majid Tumpat sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment