Sidang
Parlimen sepatutnya menjadi medium suara rakyat melalui Ahli Parlimen yang
dipilih mengikut kawasan masing-masing.
Ahli
Parlimen bertanggungjawa membangkitkan, membincangkan dan memutuskan sesuatu
perkara berkaitan rakyat dan negara.
Malang
sekali apabila Parlimen menjadi medan perebutan kuasa. Pihak yang memerintah
takut jawatan dan kedudukan mereka hilang. Manakala di pihak pembangkang pula
ingin mendapat kedudukan sebagai kerajaan.
Ahli
Parlimen kerajaan mahupun pembangkang seharusnya menyemak semula niat mereka
sama ada menjadikan Parlimen medan perebutan kuasa atau menjadi wakil rakyat
dalam mengusulkan masalah rakyat.
Sekiranya
masalah ini berterusan, tidak peliklah mengapa neraka itu dipenuhi dengan
pemimpin dan siapakah akan terus menjadi mangsa? Rakyatlah.
Negara
sekarang diserang wabak Covid-19, yang turut melibatkan negara seluruh negara. Akibat
wabak tersebut, banyak sekatan dan halangan pergerakan dan aktiviti ekonomi
serta sosial tidak dapat dijalankan.
Banyak
yang hilang punca pendapatan dan menghadapi tekanan hidup kerana bencana
pandemik ini. Perkara ini bukan mudah untuk diselesaikan hanya tindakan dan
usaha sebelah kerajaan sahaja.
Pembangkang
dan semua rakyat perlu fokus kepada usaha untuk membantu rakyat mendepani
masalah disebabkan pendemik ini.
Sudah-sudahlah
jadikan sidang parlimen sebagai medan perebutan kuasa. Janganlah terus
diperdaya dan diperbodohkan dek kuasa politik yang tiada noktahnya sedangkan
rakyat bergelimpangan sedang kesakitan di luar sana.
Anda
semua dibayar dengan duit rakyat berpuluh ribu sedangkan rakyat kesakitan tiada
siapa yang tahu.
Sudah-sudahlah
jadikan mereka sebagai mangsa. Jadilah seorang ahli politik yang tulus,
profesional dan terus fokus dalam membantu rakyat ketika pandemik ini.
No comments:
Post a Comment