Wednesday, 21 October 2020

SEBAB KELEDEK CILEMBU PALING MANIS

Sebab keledek cilembu menjadi manis. Keledek cilembu berasal dari Kampung Cilembu, Sumedang, Bandung, Jawa Barat Indonesia. Keistimewaan cilembu di tempat asalnya ialah rasa yang manis. 

Keledek cilembu dianggap sebagai ubi keledek termanis di dunia. Jauh lebih manis dari Japanese Sweet Potato atau ubi keledek jepun. Enaknya tidak tertandingkan. 
 
Cilembu sedap dimakan panggang atau bakar, selain direbus dan dijadikan kuih. 
 
Usaha menanam cilembu di Malaysia tidak membawa ‘keturunan’ seperti asal di Indonesia. Cilembu di Malaysia tidak semanis atau sesedap yang ditanam di tempat asalnya. 
 
Mengapa perkara ini terjadi? Kalau benihnya diambil dari sana, mengapa hasilnya tidak sama? 
 
Satu dapatan kajian oleh Agustina Monalisa Tangapo menerusi kajian untuk tesis Phd beliau di Institut Teknologi Bandung (ITB) menjelaskan bahawa rahsia kemanisan cilembu di Indonesia adalah dibantu oleh mikrobes atau sejenis bakteria. 
 
Bakteria rizosfera dan endofit yang kaya di bumi Cilembu telah bekerja secara senyap memberikan rezki kemanisan ubi yang luar biasa itu. 
 
Mengikut Dr Augustina, jika bakteria ini dikembang biakkan di bumi yang lain juga, kemanisan cilembu tetap terhasil. 
 
Justeru, jika kita mahu cilembu di Malaysia juga rasanya manis, maka mikrobes ini nampaknya perlu dihijrahkan segera ke Malaysia atau cari seperti itu yang telah hidup di negara kita.  
 
Sebenarnya, kalaupun cilembu di Malaysia tidak seperti di Indonesia, ia tetap mengeluarkan ubi yang banyak dan besar. Rasapun tetap sedap biarpun tidak sesedap di tempat asalnya. 
 
Sebab itu, petani atau penggermar cilembu tetap menanamnya di Malaysia. Cilembu boleh dituai selepas tiga hingga lima bulan ditanam bergantung kepada tumbesarannya. 

Gambar atas - cilembu bakar
 
Gambar - Kanak-kanak memegang ubi cilembu selepas tiga bulan ditanam di dua tempat berbeza. Masing-masing di Taiping dan Kuala Kangsar.

3 comments:

  1. Hok peting tane

    ReplyDelete
  2. Dah lama makan nih. Selalu beli di foodtruck sweet honey potato. Sedap rasa madu berair lembut. Sekarang nak tanam pulak.

    ReplyDelete
  3. Great and I have a tremendous supply: Can You Hire Someone To Renovate A House cost to gut and remodel house

    ReplyDelete