Nanas cobek AC 13. Ia varieti baharu diperkenalkan di Malaysia. Perkataan
'cobek' adalah dalam dialek Kelantan yang bermaksud 'cubit'. Varieti ini didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 2022 sempena Expo MAHA 2022.
Nanas cobek mula ditanami di Tumpat, Kelantan sejak tahun 2019 oleh Mohd Alida’em bin Ibrahim yang mendapat baka dari Thailand.
Nanas cobek mengambil 12 hingga 18 bulan untuk matang. Dari segi pengurusan tanaman ini, ia tidak cerewet memandangkan karekternya tahan lasak, tidak memerlukan air yang banyak serta pembajaan sekali sekala sahaja sudah memadai.
Dinamakan
cobek kerana untuk memakan nanas tersebut hanya perlu dengan mencubit menggunakan
jari tanpa perlu memerlukan pisau atau alatan tajam lain.
Nanas
cobek berpotensi dikembangkan penanamannya di negara kita kerana ia mudah ditanam
dan mendapat permintaan tinggi disebabkan ciri keunikan buahnya dan pasti disebabkan
rasa yang manis, bersari, rapuh dan empulur yang lembut.
Kemunculan
nanas cobek di negara kita merancakkan lagi industri nanas di Malaysia yang sebelum
ini telah terkenal dengan beberapa varieti lain seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas N36, Nanas
Yankee dan sebagainya.


No comments:
Post a Comment