Rakyat Malaysia perlu
menghentikan penyebaran berita palsu, berbaur fitnah dan berbentuk hasutan demi
menjaga keharmonian negara.
Fitnah siber menerusi
penularan berita palsu adalah lebih bahaya. Rakyat
perlu mempunyai sifat tabayyun, menyelidik dahulu sesuatu berita sebelum
menyebarkan.
Tabayyun
merupakan salah satu akhlak mulia dan salah satu prinsip penting dalam menjaga
kemurnian agama Islam dan keharmonian dalam sesebuah negara.
Fahami
fiqh tabayyun
- Tidak terburu-buru
sebar berita, maklumat.
- Tangguh sehingga
pasti kesahihannya.
- Tidak sebar berita
negatif, umpatan, gosip.
- Tidak turuti
perkara yang tiada pengetahuan.
- Percaya, beramal
dengan apa yang diyakini, difahami.
- Tidak sebar berita
daripada pihak tidak dikenali atau dikenali sebagai pembohong.
- Tidak sebar berita
mengaibkan, memburukkan, menghina sesetengah pihak.
- Mengadakan
pertemuan secara langsung dengan pembawa berita.
- Bertanya langsung
kepada pihak pelaku utama.
- Mendengar dengan
saksama maklumat kedua-dua belah pihak.
- Melakukan
penyelidikan berdasarkan pengamatan peristiwa yang berlaku.
- Merujuk pihak
berkuasa untuk mendapatkan kepastian.
- Ingat malaikat
sentiasa mencatat setiap amalan baik dan buruk dilakukan.
Fitnah adalah
mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan
sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan
bukannya berdasarkan realiti.
Rasulullah SAW
bersabda: ”Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika
dia tidak ada dan yang dia tidak suka.” (Hadis riwayat Muslim)
Fitnah ini bukan
hanya berlaku sekarang. Dalam sejarah
awal Islam, fitnah adalah berbentuk perbuatan mengadu domba atau melaga-lagakan
orang. Sebabnya, orang Arab ketika itu masih kuat dipengaruhi semangat
assabiyah atau kedaerahan. Saidatina Aishah juga pernah difitnah, begitu juga
fitnah yang membawa kepada kematian khalifah Uthman Ibn Affan.
Apabila nabi wafat,
maka berlaku cubaan merampas kuasa oleh orang Muhajirin di Saqifah Bani Saad.
Bagaimanapun cubaan itu berjaya dipatahkan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar. Selain
itu, orang Yahudi menabur fitnah untuk memecah-belahkan masyarakat.
Malah, pada ketika
itu juga ada golongan yang ekstrem sehingga mewujudkan syiah (penyokong kuat)
pemimpin tertentu seperti syiah Abu Bakar dan syiah Ali.
Dalam al-Quran,
Allah berfirman, "Dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya
daripada membunuh." (Surah al-Baqarah, ayat 191).
Ayat di atas
menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Antara sebabnya adalah fitnah itu
boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja
mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda.
Berbanding dengan
membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, dalam Islam hukum merampas
barang orang dan mencuri berbeza.
Mencuri hukumnya
lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan
masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang
walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.
Di akhirat, orang
yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Bagi Muslim,
perbuatan tersebut akan menghilangkan ‘status’ sebagai Muslim.
Allah turut
menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu. Firman allah bermaksud: "Dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
makan daging saudaranya yang telah mati?" (Surah al-Hujurat, ayat 12)
No comments:
Post a Comment