Akta Fitnah 1957. Satu undang-undang sivil di Malaysia yang menjaga nama baik dan maruah seseorang daripada kenyataan palsu, merangkumi jenis libel (bentuk kekal), slander (bentuk sementara), serta bentuk pembelaan. .
Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 (1) (a) memberi ruang luas kepada hak dan kebebasan bersuara di negara kita sebagai satu kebebasan asasi rakyat Malaysia.
Namun, pada masa sama, Perkara 10 di bawah Fasal (2), (3) dan (4) menjelaskan mengenai batasan atau sekatan untuk memastikan kebebasan yang diberikan itu tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat secara keseluruhan.
Untuk menghalang sikap tidak bertanggungjawab menyalahgunakan Perkara 10 (1) (a), kerajaan mewujudkan Akta Fitnah 1957.
Akta tersebut bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab.
Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. .
Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah.
Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.
Kewujudan akta fitnah dilihat satu perkara yang telah banyak menghalang pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan persekitaan kehidupan rakyat yang kucar kacir dan saling memperkecilkan antara satu sama lain.
Hasil akta ini dapat melahirkan masyarakat Malaysia agar lebih peka untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan. Ini penting dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama anutan.
Isu sensitif berkaitan kaum dan agama sering ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun perkara ini dapat dibendung dengan adanya akta fitnah ini.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment