Tuesday 24 May 2022

HIDUP MESTI SENTIASA BERANI

 
Hidup mesti sentiasa berani. Mesti sentiasa berani. Bukan hanya kadang-kadang berani. Lahir keberanian dalam hidup ini bila kita bersandar semata-mata kepada Allah SWT.   
 
Jika ada perasaan takut, hadapi ketakutan itu. Berdepan dengan ketakutan tersebut. Timbulkan rasa berani untuk lawan, lawan dan lawan rasa takut yang menghantui diri. 
 
Hapuskan ketakutan, wujudkan keberanian. Mesti berani untuk membuat perubahan hidup. 
 
Kalau kita yakin kepada kebenaran, pasti keberanian akan lahir. Tetapi, jika kita ragu-ragu dan timbul rasa bersalah, ketika itulah ketakutan akan menguasai diri. 
 
Seorang yang soleh, alim, baik dan baik hati tidak akan berasa takut. 
 
Mustahil mendapat kejayaan jika landasan kehidupan kita dikaburi dengan perasaan takut. 
 
Keberanian akan timbul jika segala aktiviti berada di landasan Islam dan reda Allah membawa kepada kejayaan dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment