Wednesday, 1 July 2026

NORMALA BINTI SUDIRMAN

 
Normala Sudirman (Cikgu Mala). Satu nama yang cukup sinonom sebagai calon pilihan raya di Johor. Kali ini, kali ke 5 beliau bertanding dalam pilihanraya sejak 2011. Biarpun tidak pernah menang, jiwanya kental dan terus bersemangat untuk menjadi calon apabila parti mencalonkannya.

Kali pertama menjadi calon adalan pada Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 2011, berikutan kematian penyandang, Datuk Sulaiman Taha akibat jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Pada kali pertama itu, nama Cikgu Mala paling menyerlah. Penyokong PAS seluruh Malaysia menggunakan gambar Cikgu Mala sebagai gambar profile di media sosial masing-masing, teruama Facebook. Buka sahaja media sosial, pasti terpapar gambar Cikgu Mala.

Pada PRU Ke-13 dan PRU Ke-14 iaitu tahun 2013 dan 2018, Cikgu Mala dipilih lagi menjadi calon mewakili PAS di DUN Pemanis.

Seterusnya, tahun 2022 pada PRU Ke-15, Cikgu Mala beralih ke DUN Kemelah. Dan kini, PRN Johor 2026, beliau kembali ke DUN Tenang.

Kini beliau adalahKetua Muslimat PAS Kawasan Labis. 


No comments:

Post a Comment