Friday 15 October 2021

TAMAN REKREASI DAN ZOO KEMAMAN

  
Taman Rekreasi & Zoo Kemaman (TRZK) telah dibuka pada 11 Ogos 2009 dan adalah satu-satunya zoo yang terletak di Pantai Timur.  
 
Dengan keluasan 35 ekar, Zoo Kemaman adalah gabungan zoo mini, taman, buah-buahan, herba, anggrek, tumbuhan tropika, bonsai, taman tema air dan habitat semula jadi yang terbesar di negeri Terengganu. 
 
TRZK adalah rumah bagi 54 pelbagai spesis berlainan termasuk singa, harimau, gajah, orang utan, buaya tembaga, pelbagai jenis burung dan bermacam-macam lagi. 
 
TRZK terletak di lokasi strategik yang boleh disinggah melalui jalan raya iaitu Jalan Mak Chili – Ibok dan Jalan Kerteh – Ibok atau jalan air iaitu melalui Sungai Bukit Kuang – Sungai Yak Yah. 
 
TRZK memainkan peranan penting sebagai pusat pemuliharaan hidupan liar, selain memperkasakan pengetahuan tentang flora dan fauna untuk pengunjung.


 

No comments:

Post a Comment